SOLAT ADALAH MIKRAJNYA MUKMIN
Yang dinamakan "Mikraj" itu ialah tatkala mendirikan solat (ketika itu) hendaklah hapus dan hilang lenyapkan perbuatan hamba itu di dalam af'al Allah Taala sehingga tinggal af'al-Nya semata-mata.
Kemudian hapus dan lenyapkan sifat hamba itu di dalam sifat Allah Taala sehingga tinggal sifat Allah Taala samata-mata.
Kemudian hapus dan lenyapkan zat hamba itu di dalam Zat Allah Taala sehingga tinggal Zat Allah Taala semata2.
Ketika sudah hapus dan hilang lenyap niatmu itu, maka katakanlah:
"ALLAHU AKBAR" lantaran
* ALLAH itu nama Zat
* AKBAR itu nama Sifat
* AKBAR itu nama Sifat
Jadi, tidak ada yang maujud hanyalah Zat Allah Taala, sifatNya dan af'al-Nya jua.
Inilah yang dinamakan "MAQAM MIKRAJ" ertinya berpindah naik ke tempat yg tinggi.
Adapun yang dinamakan "Munajat" itu ialah berbisik-bisik, iaitu menyatakan rahsia, yakni:
mengembalikan amanat kepada empunya amanat sepertimana berkata: (Surah Al-An'am ayat: 79 & 162) mafhumnya:
"Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku (sudah berkehendak cita-cita hatiku) kepada Tuhan yang menjadikan (tujuh) langit dan bumi,
Sedang aku tetap berada di atas dasar tauhid (dalam keadaan suci dan sejahtera) dan aku bukanlah termasuk daripada orang yang mensekutukan Allah (menduakan Tuhan).
Sesungguhnya solatku, ibadahku (diamku), hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya,
Dan itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang terawal menyerahkan diriku (hapuslah keadaan hamba itu di dalam keadaan Haq Taala semata-mata).
Inilah yang dinamakan MAQAM TABADDUL, telah bertukar sifat yang keji itu kepada sifat kepujian (yang terpuji).
Sewaktu membaca FATIHAH itu hendaklah dilakukan bacaan kalam yang bukan berhuruf dan bukan bersuara, maka itulah dinamakan MUTAKALLIM WAHDAH yakni:
Berkata bersama Allah sehingga hapus keadaan diri kita, segala sifat dan af'al dalam keadaan Allah maujud,
Itulah dinamakan Tawakkal, sebagaimana firman Allah Taala dalam hadis Qudsi mafhumnya:
"Tawakkal kepada Allah Taala itu ialah keluar daripada segala sebab, yakni sudah keluar daripada perasaan hamba-Nya sehingga diperolehnya kelazatan cita rasa kebaktian (rasa perbuatan baik) itu."
No comments:
Post a Comment