PERINGATAN SEBELUM SOLAT
Adapun kiblat nyawa itu kepada rahsia Sirr lantaran nyawa itu sentiasa tidak bercerai dengan Tuhan, sedang Dialah yang menganugerahkan 7 sifat Haq Taala pada 7 anggota jasad kita.
Sebab itu hendaklak kita yakin pada iktikad kita bahawa Yang Hidup, Yang Tahu, Yang Kuasa, Yang Berkehendak, Yang Mendengar, Yang Melihat dan Yang Berkata-Kata itu hanya Allah Taala sahaja.
Apabila anda sudah mengetahui hal sedemikian, maka fanakanlah diri anda dan karamkanlah segala perbuatan anda itu di dalam af'al Allah Taala sehingga tinggal af'al Allah Taala semata-mata, sedang af'al kita sudah tidak ada lagi.
Kemudian, anda hapuskan / hilang lenyapkan dan karamkan / tenggelamkan sifat hamba itu di dalam sifat Allah Taala sehingga tinggal sifat Allah Taala semata-mata, sedang sifat kita sudah tidak ada lagi.
Demikian juga kita hapuskan dan karamkan zat kita itu di dalam Zat Allah Taala sehingga tinggal Zat Allah Taala semata-mata. Ketika itu sudah tidak ada lagi wujud kita melainkan Zat Allah, sifat-Nya dan af'al-Nya yang ada lantaran kita ini sudah kembali kepada 'adam (tiada) yang sedia kala itu.
Ketika itu katakanlah: ALLAHU AKBAR
Inilah yang dinamakan "Solat Khashul-Khas" sehingga aku peroleh di dalamnya:
- MAQAM MIKRAJ
- MAQAM MUNAJAT
- MAQAM TABADDUL
- MAQAM MUNAJAT
- MAQAM TABADDUL
Jika tidak ada seperti demikian, ini bererti solatnya itu hanya taqlid (ikut-ikutan) sahaja, umpama menyembah huruf dan suara dan hanya menyembah bayang-bayang sahaja.
Ingatlah kata-kata ini untuk SOLAT
No comments:
Post a Comment