Friday, 21 April 2017

Ws

40 Tahun Pencarian...

Ahli sufi tidak merasa akan kehidupannya yang di alami kerana baginya ia cuma mimpi.. mereka tidak dapat membezakan antara kesakitan dan kesenangan.

Bahkan mereka memilih untuk kesusahan kerana membuatkan ia tidak bergantung kepada selainNYA.

"Selama 40 tahun aku mencari diriku..bila kutemui.. baru kurasa kehidupan setelah kematianku.. sedangkan jasadku belum lagi mati.."

Suatu hari ada seorang kaya menjemput seorang miskin yang hina di mata masyarakat, untuk pergi kenduri dirumahnya. Namun bila si miskin sampai ke rumah tersebut, dia dihalau kerana wajahnya menakutkan dan kotor, dia pun pulang.

Pada mingguu kedua, orang yang sama menjemput supaya ia hadir ke majlis kesyukuran. Namun bila ia sampai, dia dihalau kerana wajahnya yang kotor dan pakaiannya yang comot, dia pun pulang...

Minggu yang ke-3 terjadilah perkara yang sama, sewaktu dia pulang seseorang telah menegurnya seraya bertanya: "Tuan.. tuan datang bila dijemput, tuan pulang tanpa rasa kecewa bila dihalau, mengapa tuan tidak marah kerana diperlakukan sdemikian rupa?"

Dia menjawab: "Masakan saya marah.. kamu lihat anjing bila dipanggil ia datang, bila dihalau ia pergi.. anjing pun boleh buat sedemikian, inikan pula saya hamba Allah sebaik sebaik kejadian.."

Terdengar jawapan, orang yang bertanya tadi terpaku bagai ditusuk panah ke juzuk hatinya lalu pitam kerana terlihat keajaiban hati seorang insan berjiwa sufi.

Bunuhlah dirimu dan kembali kepadaNYA.. robekkan jiwamu kosong.. biar cuma ada DIA.

Latihannya berpuluh tahun, kita belum 4 kali mengadap guru seolah telah menjadi insan kamil sehingga sanggup pula menghina siapa saja.. Padahal ilmu kesufian bukan begitu. Ilmu kesufian tu adab dan akhlak baik.. Lebur kemanusian kerna menjadi insan.

No comments:

Post a Comment