Saturday 29 April 2017

Kalam

Kuliah Dhuha,Jumaat SYEIKH ABDULLAH AL-MAJZUB kg Petai Bubus, Jalan Jeram, Kuala Terengganu
Kitab Syarah Hikam Tok Pulau Manis r.a
28.04.2017
1 Syaaban1438H

Dicatatkan oleh Ustaz Kassim

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علما وارزقنافهما..

Kena byk amal dgn istiqamah, jgn buat sikit barulah rasa manis... kata Syeikh

Barangsiapa yang beroleh buah amal dengan merasai manis dan lazat didalam masa beramal maka menunjukkan bahawa diterima ALLAH amalannya.. tidak akan dapat diperolehi yang demikian itu melainkan dgn membanyakkan dan istiqamah dlm amal..

Barangsiapa yang sabar ketika ditimpa kesakitan atau ujian nescaya membawa kepada kesenangan dan kemudahan dalam mujahadah nafsu

Kena bersungguh-sungguh dan lama dlm beramal barulah dapat kecapi rasa nikmat dan manis dlm beramal.. seperti tanam pokok ... bertahun-tahun baru boleh buah.. kata Syeikh

Kata sesetengah orang Arif tiada suatu kebajikan melainkan datang musaqqah atau tika ditimpa bala yg berkehendak kepada sabar.. barangsiapa yang sabar atas sakit nya nescaya akan beroleh kesenangan dan kemudahan dalam mujahadah

Kata Thabit bin Albanai ra..
Bersakit aku akan membaca Al-Quran dua puluh tahun barulah diperolehi nikmat didalam nya

Baca Al Quran payah nak rasa nikmat.. nak bagi sama mulut dan hati... kena baca lama... baru boleh rasa nikmat.. kata Syeikh

Kata Abu Thurab ra..
Apabila Siddiq seseorang hamba dalam amal nya maka diperoleh manisnya sebelum mengerjakan nya

Tiadalah hasil dan diperolehi manis dan lazat dalam amal melainkan amalan yang sejahtera dan suci daripada riyak dan dakwa diri dlm amal

Buang dakwa dan akuan diri dan jgn pandang diri dlm amal agar selamat daripada riyak...

Utbah Al Qhulam ra berkata..
Telah sakit aku pada berjaga malam dua puluh tahun barulah diperolehi nikmat didalam nya

Dan kata setengah ulama..
Adalah aku membaca Al-Quran maka tiada aku dapat merasai manisnya hingga aku baca akan dia seolah-olah aku dengar Rasulullah saw membacanya kepada para sahabat ra. Kemudian aku angkat ke maqam diatas maka aku membacanya seolah-olah aku mendengar daripada Jibril as membawa kepada Rasulullah saw dan kemudian maka diangkat lagi sehingga mendatangkan Allah yg menurunkan, maka aku mendengar nya.

Nak kasih Allah kena ingat Allah byk... kata Syeikh

Kata Abu Sulaiman ad darani ra..
Tiap-tiap amalan yang tiada baginya kesukaan tika didunia maka tiada baginya balasan diakhirat

Maka apabila telah ikhlas didalam nya maka didapati manis dalam mengerjakan nya .. dan itu adalah tanda diperolehi qabul dan diterima Allah amalannya

Kata sesetengah mereka itu..
Maka adalah buah amal itu ilmu hidayah dan buah makrifat itu mahabbah dan hakikat itu fana daripada yg lain..

Ikhlas bersangkut dengan tauhid.. selagi tak dapat tauhid hakiki tak boleh ikhlas... kata Syeikh

Mahabbah itu terlebih tinggi daripada segala maqam kerana fana ia daripada barang yang lain daripada yang dikasih

Barangsiapa yang telah fana pada Allah dengan Allah maka baqa ia dengan Allah dan demikian itu terlebih besar dalil atas terima Allah dan redha Allah atasnya..

Jika engkau ingin mengetahui kadar mu disisi Allah maka lihatlah tempat dimana engkau diletakkan Allah..

Tiap-tiap sir yang tiada suci didunia maka tiada lah suci ia diakhirat

Nak langkah tangga, pastikan tangga tu kemah dan kukuh dulu.. bila yakin kukuh tangga baru lah.. melangkah.. kata Syeikh

Jikalau diletakkan Allah diri mu pada menuntut dunia dan kasih kepada segala keinginan syahwat dan lazat nya maka sesungguhnya tanda dihinakan dan dijauhkan Allah daripada Nya

Barangsiapa tidak bersungguh2 mujahadah dan tidak bersungguh memerangi nafsu maka tak akan beroleh pimpinan dan petunjuk Allah.. agama itu adalah mujahadah

Jikalau didirikan engkau akan hamba bagi Allah dan merdeka daripada barang yang lain maka sesungguhnya amat besar lah anugerah Allah atas mu dan besarlah kadar mu disisi Allah

Barangsiapa kasih akan sesuatu maka jadilah ia hamba sesuatu dan engkau tiadalah ada harga sisi Allah

Barangsiapa yang menuntut dunia dan nikmat nya maka jadilah ia tiada harga kerana kasih kepada selain Allah..

Faedah taqwa dapat ilmu hidayah.

Nak makrifat kena mujahadah kerana hasil mujahadah adalah makrifat

Mintalah tolong kepada Allah dalam segala pekerjaanmu kerana tiada sesiapa yang dapat menolong melainkan Allah

Nak syurga dan makrifat kena bersungguh2 dan istiqamah ..

Bermula manusia itu tidur, bila mati baru jaga..

Bertaqwalah kepada Allah nescaya diajar Allah kepadamu

Kata sesetengah orang Arif.. sayugia kena sedih dan dukacita atas luput taat kerana Allah kasih kepada orang yang menyesal

Tanda orang mukmin itu sedih dan dukacita tika luput taat dan jatuh dalam maksiat

Orang yang dekat dgn Allah nescaya Allah pelihara.. bila masuk waktu terus sedar dan mudah buat amal..

Barangsiapa yang ada ia dengan Allah, byk ingat dan asyik dengan Allah maka fanalah ia daripada barang yang lain selain ALLAH

Barangsiapa yang tiada ia dengan Allah maka adalah ia dengan dirinya

Jikalau engkau daripada ahli syariat maka lazimkanlah olehmu akan dirimu kepada ilmu dan amal zahir syariat

Jikalau engkau daripada ahli khidmat maka fanakan nazarmu bagi nya..
Tilik Allah dan pandang Allah kerana dapat khidmat.. ahli khidmat tak berharap apa2 balasan

Jikalau engkau daripada ahli hakikat maka fanakan olehmu sifat-sifat mu dan  dirimmu dan pandang kepada Allah

Bermula sufi itu adalah orang yang suci daripada dirinya dan fana dengan Tuhannya dan sufi itu terlebih tinggi maqam

Kaya dengan ALLAH tidak berhajat lagi kepada makhluk.. kaya sebenar..

Apabila dikurniakan akan engkau taat dan tidak berhajat dan bersandar  atas taatmu maka sesungguhnya telah disempurnakan atas mu segala nikmat yang zahir dan batin

Yang dikehendaki daripada nikmat yang sempurna dan yang terlebih tinggi nikmat itu mendirikan pada ubudiyyah dalam keadaan musyahadah arrububiyyah..
Sempurna taat lahir dan bathin

Mendirikan syariat serta maufakat dengan hakikat

Bermula nikmat itu adalah yang menyampaikan pada hakikat dan memutuskan daripada segala penghalang

Bermula yang dituntut daripada hamba dua perkara..

1. Mendirikan dan melaksanakan segala perintah Allah yg zahir..
Taat yg zahir atau
2. Takluk dan terikat hati  pada Allah dengan memandang Allah dan tidak berhajat kepada yg lain

وبالله التوفيق والهدايه والله اعلم

ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار..

آمين يا رب العالمين🌹

No comments:

Post a Comment