Sunday 30 April 2017

Kuasa Minda & Lubang Hitam

Kuasa Minda & Lubang Hitam
Black Hole atau Lubang hitam merupakan sebuah fenomena yang amat luar biasa yang sangat menarik untuk di amati. Black Hole ini terbentuk hasil dari kehancuran energy atau bahan api. Fenomena ini dapat di contoh kan seperti sebuah kebakaran di plantar minyak yang besar, para petugas kebakaran biasanya menggunakan sejenis bom api dan di letupkan dengan kuasa ledakan yang tinggi. Apa yang akan berlaku ledakan tersebut akan menarik api yang sedang terbakar. Maka berlakulah kematian kebakaran dengan serta merta.
Dengan istilah lain apabila 2 gelombang yang mempunyai asas kekuatan yang sama, bergerak dengan kelajuan yang sama ditemukan dengan kekuatan yang sama juga akan membentuk "zero point". Akan tercipta kosong gelombang atau kematian gelombang. Kosong merupakan asas dari penciptaan gelombang. Kosong merupakan sebuah gelombang yang sangat hebat dan luar biasa. Inilah asas penciptaan dan terjadinya black hole.
Dengan kekuatan kosong yang luar biasa ini Black Hole mampu menarik apa saja kearahnya sehingga sehingga akal kita tidak mampu mencerna kekuatan kosong yang di milikinya, misalnya black hole mampu menarik masa, cahaya,bunyi, bintang dan segala - galanya. Daya graviti black hole sangat kuat menarik apa yang mengelilinginya misalnya cahaya. Belum ada satu kekuatan di bumi ini dapat membelokkan cahaya melalui daya tarikan . Tetapi black hole mampu melakukanya.
Kita beranggapan bahawa setiap bintang di cakrawala ini mampu kita lihat, sebenarnya tidak demikian kajian menunjukan bahawa cahaya bintang-bintang ini tidak dapat melepaskan diri dari lubang hitam disebabkan lubang hitam ini merupakan masa yang berkerapatan tinggi di dalam sebuah ruang yang tidak terhingga. Bahkan mampu menangkap partikel-partikal terpantas seperti proton cahaya.
Dalam dunia NLP(Neuro Linguistic Program), Mirror dan Matching merupakan sesuatu yang asas untuk berjaya dan mencapai impian manusia. Paling popular adalah ungkapan yang mengatakan "andainya anda ingin menjadi seorang jutawan, anda harus bertingkah seperti jutawan, bercakap seperti jutawan, berjalan seperti jutawan" insyaallah anda juga akan menjadi jutawan.
Perbuatan meniru aksi ini bukanlah milik Nlp semata mata tapi telah di terokai sejak 1400 tahun yang lalu oleh seorang Insan mulia junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W dalam prilaku yang di namakan Sunah Nabi. Nlp hanya meniru apa yang telah di ajarkan oleh Insan Mulia ini. Untuk anda menjadi seorang insan yang baik anda harus meniru apa yang di lakukan oleh Junjungan besar ini.
Berjalan cara sunah, tidur cara sunah, bercakap cara sunah, makan cara sunah. Ini akan mempengaruhi cara anda berfikir cara Nabi, bertindak cara Nabi dan Akhlak juga cara Nabi. Ini bukan sebuah sunah atau metode biasa, ini merupakan cara yang Allah berikan dalam mendidik kita sebagai umat Akhir Zaman bahkan telah teruji dalam kajian pakar pakar Nlp, Hypnosis dan Minda.Yang jelas gelombang yang sama akan menarik sifat gelombang yang sama juga. Manusia merupakan makhluk yang holistik satu perkara berubah ianya akan mempengaruhi sifat-sifat yang lain juga.
Black Hole menarik semua masa, cahaya, bunyi, bintang dan segala – galanya kearahnya di sedut kearahnya menembusi ruang dan masa serta dimensi yang tidak di ketahui.Perlu kita mengambil perhatian kaedah penarikan yang di lakukan oleh black hole ini adalah dengan cara putaran , seperti pusaran air yang menarik sesuatu kearahnya. Kaedah ini juga dapat kita lihat dalam ibadah haji dan ritual tarian Sufi Jalaludin Al Rumi tarikat tertentu dan berbagai-bagai ritual kerohanian menggunakan teknik seperti apa yang mereka amati dalam merenung cakrawala. Semuanya menggunakan teknik putaran.
Dengan cara kita merenung dan meniru penciptaan alam semesta dapat kita pelajari bahawa proses penarikan sesuatu dapat di lakukan dengan cara putaran. Sekarang mari kita merenung dan mengambil manfaat cara Black Hole bekerja, jadikan pengetahuan ini sebagai alat untuk mengambil keputusan dan tindakan.
Pengetahuan tentang cara black Hole bekerja boleh di aplikasikan menggunakan berbagai media. Antara media yang sangat terkenal dikalangan ahli pengkaji diri dan minda adalah media tanah, air, api dan angin. Elemen ini di gabungkan dengan cara Black Hole bekerja dan di ambil manfaatnya untuk merealisasikan impian dalaman dan luaran anda.

No comments:

Post a Comment