Thursday 27 April 2017

Kalam

Kuliah Dhuha,Jumaat SYEIKH ABDULLAH AL-MAJZUB kg Petai Bubus, Jalan Jeram, Kuala Terengganu
Kitab Syarah Hikam Tok Pulau Manis r.a
21.04.2017
24Rejab 1438H

Dicatatkan oleh Ustaz Kassim

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علما وارزقنافهما..

Apabila ada seseorang yang dapat mengamalkan segala wirid, mengerjakan segala amal pada waktunya dgn tertib dan diberi ALLAH pertolongan padanya dgn meluaskan rezekinya maka jgn engkau pandang hina, remeh atau merendahkan dirinya kerana tiada padanya alamat dan tanda orang arif dan orang yang dikasihi Allah...

Jika tiada warid Ilahi atas seseorang nescaya tiada akan hasil wirid atau amalan

Bermula segala hamba Allah yg khusus itu terbahagi dua..

1. Orang-orang yang Muqarabbin.

اُولٰٓئِكَ الْمُقَرَّبُوْنَ ۚ

Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
[QS. Al-Waqi'ah: Ayat 11]

2. Orang yang abrar..

Firman ALLAH:
Sesungguhnya orang abrar itu baginya Syurga Naim..

Ramai orang dok besar dan dok sibuk barang yg hendak ditinggalkan daripada barang yang hendak dibawa pulang ke akhirat yang kekal abadi..

Kata Syeikh

Orang Muqarabbin itu adalah orang yg telah hilang bahagian nafsu dan mereka menunaikan hak Allah demi menuntut redha Allah.. mereka itu adalah orang arif dan wali Allah

Orang abrar itu adalah orang yg masih ada bahagian nafsu dan masih berkehendak kepada balasan atas amalan mereka dgn tinggi darjat dan maqam.. mereka itu adalah orang yang abid dan zahid

Jangan pandang hina dan pandang rendah atau remeh kepada orang-orang yg sedang berjalan kepada Allah...

Kena Takut dan bimbang jika tak masuk dalam golongan abrar, amal tadok dan dok rok.... nak gi golongan Muqarabbin jauh lagi

Nak jadi orang abrar kena sungguh2 beramal dan mengekalkan wirid dan zikir

Jika tak ada kurniaan dan tolong ALLAH nescaya tidak akan dapat beramal...

Warid itu tidak akan keluar melainkan dengan pertolongan Allah

Bahawa sanya wilayah itu dua perkara.. wali itu terbahagi dua .

1. Wilayah umum..
Bagi orang yang mujahadah dan khidmat

2. Wilayah khusus ..
Bagi orang yang mahabbah yg kurnia

Bermula hamba Allah itu dua bahagi..

1. Kaum yg didirikan Allah bagi berbuat khidmat

2. Kaum yg ditentukan Allah bagi mengasih dan mengenal Allah

Firman ALLAH.

Setiap mereka itu Kami tolong sekalian mereka dan adalah tolong sekalian mereka itu daripada anugerah Tuhan Mu ya Muhammad.. dan tiada ada anugerah Tuhan Mu tertegah

Kehendak Allah dan anugerah Allah yg hendak diberi kepada seseorang tidak ada yg dapat menegah

Satu kaum yang dijadikan Allah dlm mendirikan hak Allah bagi berbuat khidmat.. mereka adalah golongan ahli abid dan zahid

Satu kaum yang ditentukan Allah bagi mengasih dan hampir mereka dan dapat masuk kehadrat Allah. Dan mereka itulah segala orang yang arif dan ulama billah

Ulama itu pewaris Nabi..
Ulama itu orang yang takut ALLAH

Barangsiapa yang disibukkan dengan ibadahnya maka ia dalam keredhaan dan kurniaan Allah

Barangsiapa yang yang ditentukan dengan kasih Nya maka iaitu dalam fadhlu anugerah Nya

Orang yang mahabbah dan makrifat itu terlebih tinggi maqamnya kerana maqam ibadah itu bidayah, maqam mahabbah itu hidayah dan maqam makrifat itu Nihayah

Kata Sheikh.. maqam ibadah itu maqam orang yang berkehendak.

Maqam mahabbah maqam orang yang dikehendaki dan maqam makrifat itu maqam orang yang sempurna daripada segala hamba Nya.. tempat sudah.. maqam haqqul yakin

Adalah orang yang mengerjakan amal ibadat dgn mentahkikkan amalnya dgn mengharapkan balasan dan hasil nya adalah angan-angan

Orang yang zahid itu orang yang berpaling dan lari daripada makhluk supaya tinggi hemmah nya dgn Tuhan nya

Orang yang mahabbah itu memandang ALLAH pada tiap-tiap sesuatu.. memandang ALLAH itu pada tiap-tiap sesuatu.. ALLAH meliputi atas segala sesuatu...

Ramai orang hari ini yg mengaku Tuhan... ramai yang buat2 saja.. tak padan size dgn body, penyakit byk lagi... sifat mazmumah tebal lagi

Orang yang arif itu orang yang memandang ALLAH dalam tiap-tiap sesuatu

Luar dan dalam diri semuanya kerja dan perbuatan ALLAH...

Orang yang wasil itu orang yang telah fana ia dengan Dia daripada tiap-tiap sesuatu..

Orang fana adalah orang yang tidak pandang yg lain selain ALLAH...

Jangan pandang hina dan pandang remeh pada orang yang masih berjalan, serahlah pada ALLAH

Kata Abu Yazid ra..
Telah menyatakan ALLAH atas segala hati segala kekasih Nya. maka setengah mereka itu orang yang tiada patut bagi menanggung makrifat maka disibukkan mereka itu dengan ibadah

Kata Abu Abbas Ad Dunuri ra..

Bahawa sanya bagi Allah itu hamba dan tiada dipatut mereka itu bagi makrifat maka disibukkan mereka itu dengan khidmat nya. Dan bagi nya hamba tiada dipatut kan mereka itu bagi khidmat nya maka diahlikan mereka itu bagi makrifat

Jgn sangka ahli makrifat itu tidak buat ibadah.. kata Syeikh kita

Mahabbah itu terlebih tinggi maqam dan diantara alamat dan tanda nya adalah fana daripada tiap-tiap barang yang lain daripada barang yang dikasih

Rukun nak jadi wali...
Lapar, jaga, uzlah dan diam

Sabda Rasulullah saw dlm hadis qudsi...

Allah SWT berfirman,

“Tidak seorangpun hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling aku cintai, melainkan dengan apa yang telah aku wajibkan kepadanya. Hambaku adalah orang yang selalu mengerjakan ibadah-ibadah nawafil (amalan-amalan sunnah) sehingga aku mencintainya. Ketika aku telah mencintainya, maka akulah yang akan menjadi telinga yang dia gunakan untuk mendengar, mata yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memukul, kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepada-Ku, pasti aku berikan, dan jika dia butuh perlindungan-Ku, pasti aku lindungi.”

Mereka berkata2 dgn hukum dan datang atas hati mereka segala waridat rahmaniah dan nafahatul ilahiyyah

Waridat ilahiyyah datang secara mengejut tanpa usaha dan rancang bagi memelihara daripada dakwaan dan pengakuan...

Waridat Ilahiyyah datang secara tiba-tiba bagi memelihara daripada dakwaan dgn sebab amalan, usaha dan cita-cita

Bermula segala waridat ilahiyyah itu hidayah daripada Allah kepada hamba-hamba yg dikehendaki Nya..

Ada orang yang mendakwa nak sampai Tuhan kena ada thariqat yg ada sanad salsilah, kena ada byk ilmu dan sebagainya...

Yg wajib dan mesti ada kena sah ilmu fardhu ain.. kalu dok sah ilmu fardhu ain kelak keluar buah dok molek...

Kata Kailani ra.
Bermula wirid Ilahi itu tiada datang dgn dakwaan dan tiada didatangkan atas suatu perkara dan tiada datang dalam suatu waktu yang khusus dan tidak hilang dgn suatu sebab dan bersalahan dengan segala jalan syaitan

Warid itu 4 perkara..

1. Warid Ilahi..
Datang daripada Allah secara memgejut dan tidak akan hilang..

2. Warid malaikat..
Gesaan kepada berbuat taat.

3. Warid nafsu
Membawa kepada memenuhi kehendak nafsu

4. Warid syaitan
Ilham kepada derhaka dan maksiat.. ilham bercanggah dgn hukum

Kena ngaji hukum dulu utk beza ilham2 yg datang...

Ilham ketuhanan memberi ingat, dan memberi yakin dengan janji-janji ALLAH

Kena ngaji feqah dulu dan Usuluddin dulu nak kenal ilham nafsu dan syaitan

# matam .. kata Syeikh Ibnu Atthoilah..

Barangsiapa yang memberi jawapan atas segala pertanyaan daripada makrifat dan tauhid dan mengibaratkan daripada tiap-tiap yang dipandang daripada sirr dan khasaf dan menyebutkan bagi tiap-tiap yg diketahui daripada perkara-perkara ghaib maka yg demikian itu adalah tanda dan bukti jahil nya akan hak Tuhan  nya dan hikmah pada makhluknya

Menjawap segala pertanyaan dan menceritakan setiap yg dipandang daripada sir dan khasaf serta menyebutkan segala yg diketahui itu tanda jahil

Firman ALLAH..
Tiada lah diberi ilmu akan kami melainkan sedikit jua

Tengok dulu orang yang bertanya sebelum menjawap segala persoalan dan menceritakan segala cerita

Kata orang Arif ..
Bermula segala hati orang telah suci itu tempat menanam segala rahsia dan sir itu amanah Allah kepada hamba..

Hati orang merdeka kubur bagi segala rahsia ALLAH..

Maka mengibaratkan dengan ibarat itu khianat dan bahawasanya Allah itu tidak kasih kepada orang yang khianat

Segala pekerjaan yang zauqiah itu mustahil didapat hakikat dengan segala ibarat yg dituturkan.

Benda rasa tdk boleh nak cerita dgn kata-kata melainkan dgn rasa sendiri

Tipudaya ni macam-macam..orang pandai dan ada benda biasanya nak nunjuk dan nak zahir diri

Orang yang sempurna maqam tak akan berbuat demikian melainkan mengikut kadar orang yg bertanya..

Kata Syeikh Junaid ra.
Bermula jawab itu atas kadar orang yang bertanya tiada atas kadar yg ditanyakan

Dalam khabar Nabi kita alaihissalam.

Jangan kamu datang kan hikmah lain daripada ahlinya maka aniaya kamu akan dia dan jangan kamu tegahkan akan dia bagi ahlinya maka aniaya kamu akan dia
Sabda Rasulullah saw..

Barangsiapa yang ditanyai daripada ilmu maka disembunyikan nescaya dikekang Allah akan dia pada hari kiamat dengan kekangan daripada api neraka.. maka katanya iaitu bagi orang yang mustahak disembunyikan

Kata Nabi Isa As bagi segala sahabat-sahabat nya..
Jangan kamu gantungkan mutiara dalam segala batang leher babi...

Hati2 dgn tipudaya.. tipudaya itu halus...

Orang yang bukan ahli jangan buka..buka hanya pada orang yg ahli sahaja...

Sesungguhnya akhirat itu tempat balasan kerana dunia itu pada hissi tidak lulus, kecil dan sempit serta pada Makna dunia itu hina dan keji dan tiap-tiap yg ada disyurga itu tiada bandingan dgn dunia

Sabda Rasulullah saw pada yg diceritakan oleh Tuhannya...

Telah Ku segerakan bagi segala hamba Ku yg soleh yg tiada dilihat oleh mata, tiada didengar oleh telinga dan tiada terlintas oleh hati kerana membesarkan kadar segala hamba-Nya yang mukmin

Maka tiada diberi balasan atas taat dan kebaikan mereka didunia yang fana

Kata Muhammad Al Hanifah ra..

Tiada bagi segala badan kami itu harga itu melainkan syurga maka janganlah kamu jual akan dia melainkan dgn Syurga dan tiada mulia atas diri hamba jual akan dia melainkan dgn Syurga dan tiadalah mulia atas diri hamba itu melainkan hinalah atas segala syahwatnya..

وبالله التوفيق والهدايه والله اعلم


ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفى الاآخرة حسنة وقنا عذاب النار

آمين يا رب العالمين🌹

No comments:

Post a Comment