Wednesday, 11 September 2019

Salam Emak yang diKasihi,❤️🌹
"Entah di kawasan manakah kamu disaat ini?, berteduh dibawah pohon manakah?, atau di tebing sungai manakah sedang kamu rehatkan kaki berendam meraihkan kesegeran Hari..."
Anak mu yang masih disini, sangatlah menyakini akan apa yang pernah dipahamkan, '1 hari disana 50 tahun di sini',.
Lantas dengan angka usia ku kini, kenyataannya adalah kala ini Kamu masihlah belum berjaya menghabis hari mu, nyatanya Kamu masih saja di awal pagi..
Berbahagialah Kamu disana, susah payah jiwa kamu semasa di dunia kamu hadapi dengan senyuman yang maha bersahaja,
Kerana kamu adalah ibu segala cinta, maka apalah sangatnya dengan dugaan dunia?, 'cinta dan korban' mana mungkin boleh dipisahkan, lantas bersandinglah susah hidup dengan sekuntum senyuman"
"For if you love those who love you, what reward have you? Do not even the tax collectors do the same?"- Jesus Christ @ Nabi Allah Isa Alai Hissalam.
"Emak, Aku sungguh sangat merindui mu"
Itulah yang berlaku pada perasaannya,
Sesaat sepinggan Nasi diletakkan dimeja,
Terasa bertapa mudahnya kala Emak masih ada, terasa bertapa selesanya kala Emak masih menguasai ruang dapurnya. Pecah bau karinya, melenting bunyi goreng ikannya, bergeloralah selera ingin segera meraikannya.
"Sungguh aku berterima kasih wahai Emak tercinta... terimalah ini selbar Al Fatihah ku kepada Mu.."
Dia memejamkan mata nya, mungkin ramai yang menyangka dia sedang melafaskan doa untuk makan, tetapi sebenarnya adalah dia sedang bertafakur bagi mengembangkan bunga cinta kasih berwarna Al Fatihah kepada Arwah Emak yang sangat kasihinya.
.
. .❤️
. . 💕 https://youtu.be/fRCYt5Na9v8 💕
. .🌹🌹🌹🌹

No comments:

Post a Comment