Nah..geng allah belaka bukan reti pastu dok penin kata semua allah xtahu hujung pangkal
Md Rosdi HasanFollow
MANUSIA INI MEMANG PELIK.
Lama sudah kami tidak berjumpa, sudah lebih dari sepuluh tahun rasanya.
Dari malam sampaikan ke pagi kami bercerita tentang diri masing-masing setelah kami berpisah dari pengajian dekat pondok di Pattani dahulu, kami berpisah kerana beliau melanjutkan pengajian di Mesir dan saya menyambung belajar bersama Haji Ahmad Nahu, Kini sahabat satu seperguruan dahulu sudah berkeluarga dan kini beliau berkerja di jabatan agama serta mengajar serata masjid.

Kami bercerita bermacam-macam hal sehinggalah menyentuh bab ketuhanan mengenai bab syirik yang tidak di sedar oleh manusia.
Saya bertanya benarkah manusia ini menipu bila melafazkan sesuatu bila menyebut ayat-ayat Allah ataupun manusia ini terlepas pandang bila mengungkap sesuatu dari ayat Allah.
Sahabat saya bertanya apakah ayat yang manusia terlepas pandang itu?.
Saya pun berkata cuba kamu menyebut kalimat La Haula Wa Laa Quwwata Illah Billaah di mana ayat itu mengatakan kamu tiada saya upaya melainkan pertolongan Allah.
Sahabat saya terus menyebut kalimat itu lalu saya bertanya kamu berkata kamu tiada daya upaya tetapi bibir, lidah akal kamu masih lagi bergerak , jadi siapakah yang bergerak pada waktu itu?, setelah kamu menafikan dan mengisbatkan ketiadaan upaya tetapi kamu masih lagi boleh mengerakkan bibir lidah dan akal.
Sekiranya tidak faham selepas mengikrarkan ketiadaan daya upaya maka inilah yang menjadi Tuhan dalam diri manusia, inilah syirik yang manusia tidak sedar.
Sekiranya tidak faham selepas mengikrarkan ketiadaan daya upaya maka inilah yang menjadi Tuhan dalam diri manusia, inilah syirik yang manusia tidak sedar.
Tertunduk sahabat saya bila saya berkata begitu kerana beliau sendiri tidak pernah terfikir pekara sebegini, dengan wajah gelisah beliau mahu saya menceritakan bab sebegini kerana tidak siapa pernah mengajarnya.
Saya mula mengajarnya bermula dari KALIMAH TAUHID sehinggalah ke pagi dan inilah kali pertama saya melihat sahabat saya menangis setelah memahami kalimat tersebut.
In Sha Allah kalau di beri umur yang panjang hari-hari saya nak mengajar kalimat ini di madrasah saya nanti agar manusia dapat mengenal lebih sempurna kalimat ini.
No comments:
Post a Comment