Salam Ya Kekasih Allah ❤️
Apabila seorang Sufi Allah bertemu dengan seorang lagi Sufi Allah, 'Where is the Issue?', Kalau dia benar Mengenal tiada sebarang bukti yang perlu untuk di perbentangkan, 'kamu adalah Kamu dan aku adalah Aku'. Cuma setengah mereka yang masih mahu memproses kaedah 'benarkah' maka akan terciptalah debat,
Hari ini hati ku tersenyum, masih terngiang di telinga ku, 1986 pertama kali aku mengadap seorang Guru Makrifah, di Kg Lubuk Puyu Pahang.
"Jika ada Satu orang datang dengan kemampuan memecah Bulan menjadi lapan,
'Sesungguhnya dia bukanlah Tuhan Kamu..."
'Sesungguhnya dia bukanlah Tuhan Kamu..."
'Yakinilah Kamu telah mengenal Tuhan kamu', Tiada sebarang Bukti lagi yang kamu perlu.., senyum sahajalah kepada mereka yang menagih bukti.., Untuk mengenali Allah yang satu, wajiblah kenalilah diri kamu yang Satu'
Terima sahaja seada Ujud yang bersalahan dengan yang baharu, Tetap keyakinan, bahawa 'kamu adalah kamu'. 'cintailah diri mu' dan Hormatilah mereka'.
Apa boleh buat?, bila kita halusi dan kaji, kita akan sedari 'Every need got an ego to feed', sekali lagi, Every need got an ego to feed.."
Semasa di Alam pengajian ilmu Tasauf, Guru pernah berpesan, perang yang sebenarnya adalah didalam diri sendiri, Bukan pada diri orang lain, it is in our ownself.., Surah 51 ayat 21. "Didalam diri kamu, apakah tidak kamu perhatikan.."
"Ok you see it?, maka senyum dan diam sajalah. Kerana kita nak lihat segalanya 'rahmat kasih Allah azza wajalla, kita tak mahu marah marah, kita tidak mahu juga menjadi Perindu pada kasih sayang'..
Kata Sufi Allah yang bernama M.Nasir,
"Perahuku menghala ke hulu kuala jua kusua, jua kusua, Kau lihat aku, aku pula lihat dia samakah kita?".
Rujuk Surah 28 Ayat 88. "Segala sesuatu akan binasa kecuali Wajah Allah". Dan mana kala didalam Surah 2 ayat 115, dimana sahaja kamu mengadap disitulah Wajah Allah". dan di surah 41:54, ingatlah sesungguhnya mereka didalam keraguan keatas pertemuan dengan Tuhan mereka,
Sesungguhnya dia Allah maha menyeliputi segala sesuatu' - Maka renung-renunglah.🙏🏽
halusilah dan senyum sajalah pada mereka yang mudah melenting dan gemar mencari salah. senyum sajalah. Dan teruskanlah memelihara jiwa untuk terus bersahaja didalam menjalani babak 'mencintai terhanya CINTA, dan melemparkan senyuman kepada yang di sebaliknya..' 🙏🏽
No comments:
Post a Comment