Rawatan Islam Pulau Pinang
Jika dirujuk dari hadith-hadith yang sahih,terutama hadith riwayat Bukhari dan lain-lain lagi, air kencing unta yang dicampur susu juga antara kaedah untuk merawat sakit[1].Hadith bukan hanya membicarakan tentang madu dan Harbatus Sauda semata-mata untuk merawat sakit dan penyakit.
Namun disiplin ilmu perlu ada untuk memahami teks hadith.Malah perlu juga kepada kajian pakar,perlu difahami kaedah minum,kuantiti minum,jenis penyakit macam mana yang sesuai,kesesuaian orang yang meminumnya, dan pelbagai lagi.
Kerana suruhan rasulullah s.a.w tersebut #khusus merujuk kepada sakit orang yang datang menemui baginda pada ketika itu.#Bukan merujuk sesuai pada semua orang. Baginda kekasih Allah yang dikurniakan mukjizat dan kelebihan,semestinya baginda mengetahui apa yang paling sesuai untuk pesakit tersebut.
Sama seperti jumpa doktor pakar.Pesakit yang berbeza mungkin tidak diberikan ubat yang sama,dan kuantiti ubat juga mungkin berbeza-beza mengikut kondisi pesakit.Selaku umat hari ini kita perlu faham bukan bermakna bila sakit maka kita boleh minum sesuka hati air kencing unta setiap hari.Malahan tidak boleh dijadikan sajian minuman berkhasiat hanya kerana terdapat di dalam hadith.
Samalah juga seperti bahan-bahan penawar lain yang diceritakan di dalam hadith.Hal ini perlu kepada kajian dan pengetahuan yang mendalam.Jika pengambilan Habbatus Sauda tanpa ilmu,diambil pula secara rutin,berlebihan,dan tidak mengikut kesesuaian,maka tidak mustahil ia akan memudaratkan diri.
Jika hadith difahami secara literal,hal ini bukan sahaja boleh mendatangkan kesesatan,malahan boleh memudaratkan diri sendiri.Wallahua'lam.
Rujukan kami :
[1]Hadith riwayat Bukhari, Kitab Pengubatan, Nombor Hadith 5254,status: Sahih
[1]Hadith riwayat Bukhari, Kitab Pengubatan, Nombor Hadith 5254,status: Sahih
#Nukilan :Admin page fb Rawatan Islam Pulau Pinang.
#MAKLUMAN : Dibenarkan klik share.Atau dibenarkan copy-paste dengan syarat dinyatakan sumber adalah dari page Rawatan Islam Pulau Pinang.
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Untuk mendapatkan khidmat rawatan atau sebarang pertanyaan berkenaan rawatan boleh Whatsapp kami 011-10145363. Atau hanya #klik #link #dibawah untuk terus #Whatsapp kepada kami.
👇👇👇👇👇👇 👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
http://bit.ly/2JEzYgr
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Untuk mendapatkan khidmat rawatan atau sebarang pertanyaan berkenaan rawatan boleh Whatsapp kami 011-10145363. Atau hanya #klik #link #dibawah untuk terus #Whatsapp kepada kami.
👇👇👇👇👇👇 👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
http://bit.ly/2JEzYgr
No comments:
Post a Comment