Tuesday, 17 September 2019

ter jun july

Minggu lalu diadakan pertandingan terjun ke dalam kolam yang di penuhi buaya dengan hadiah lumayan RM 1 juta...tetapi tiada seorang pun yang menyertainya...penganjur pun menaikkan jumlah hadiah kepada 1.2 juta...tiada juga yang terjun...wang di naikkan lagi kepada 1.5 juta...tiada sesiapa jugak yg terjun...sehinggalah jumlah hadiah di naikkan kepada 2.1 juta...tiba2...bedebung!!!seorang lelaki separuh umur terjun...ramai orang bertepuk tangan...ramai jugak yg beristighfar dan berkata innalillahiwainnailaihirajiun...tanpa di duga dengan renangan luar biasa...gaya bebas...gaya kupu2...lentang dan gaya entah apa lagi...lelaki tersebut berenang kembali ke tepi kolam dengan jayanya...semua buaya tersebut tidak sempat berbuat apa2 kerana lelaki tersebut berenang terlalu laju...sampai sahaja di tepi kolam...penganjur datang kepadanya untuk bertanyakan sama ada mahu hadiah dalam bentuk wang tunai atau cek...
Dalam keadaan yg masih letih menggila...lelaki itu menjawab..."Aku tak mau hadiah apa2...aku nak cari haram jadah mana yang tolak aku tadi???💆💆

No comments:

Post a Comment