Wednesday, 25 September 2019

Mukhsin Saad
Lelaki yang wajahnya hensem, Allah swt uji dengan dikelilingi perempuan yang mahu menggodanya.
Perempuan yang mukanya cantik, Allah swt uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.
Perempuan yang badannya langsing, Allah swt uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.
Yang ada ilmu, Allah swt uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain.
Yang kuat agama, Allah swt uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati.
Yang kaya dan banyak harta, Allah swt uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.
Yang susah, Allah swt uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.
Yang senang, Allah swt uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.
Yang sakit, Allah swt uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.
Yang banyak masalah, Allah swt uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.
Yang sedang berhijrah, Allah swt uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.
Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.
Yang belum berhijrah, Allah swt uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.
Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah swt. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah swt ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat.
Ingatlah, Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian
Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian
Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian
Setiap pencapaian yang Allah swt beri juga satu ujian
Setiap pujian juga adalah ujian
Setiap kejian juga adalah ujian.
Kesimpulannya, setiap apa yang Allah swt benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia.
Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan ata

No comments:

Post a Comment