SUHUF IBRAHIM DAN MUSA
Ramai yang percaya nabi-nabi menerima kitab yang sarat dengan elemen keagamaan seperti prinsip-prinsip beragama, perintah serta penerangan tentang tatacara melakukan ritual, hukum-hakam agama dan sebagainya.
Kepercayaan mereka tidak berasas sama sekali. Suhuf dan kitab yang diberi kepada nabi-nabi sebenarnya tidak mengandungi elemen keagamaan, perintah atau mengajar tatacara melakukan amalan-amalan ritual dan tidak ada hukum-hakam agama.
Ajaran agama tidak bermula dari suhuf atau kitab Tuhan. Dengan kata lain agama bukanlah sistem kepercayaan yang diasaskan oleh nabi-nabi. Agama wujud sebelum nabi-nabi, semasa nabi-nabi dan selepas nabi-nabi. Nabi-nabi dan apa yang mereka sampaikan tidak ada kena mengena dengan mana-mana agama.
Apa yang sebenarnya berlaku adalah, Tuhan menurunkan suhuf dan kitab kepada nabi-nabi untuk memberi peringatan kepada manusia supaya mereka menolak agama yang menjadi wabak dan membelenggu hidup mereka. Kepercayaan kepada agama adalah suatu kebodohan dan hanya mendatangkan musibah kepada manusia.
Antara peringatan awal yang Tuhan turunkan secara bertulis adalah suhuf Ibrahim dan suhuf Musa. Kita diberitahu kedua-duanya sudah tidak ada. Jadi kita tidak ada peluang lagi untuk membacanya. Tentu menarik jika kita dapat membaca naskah peringatan awal dari Tuhan kepada manusia yang disampaikan melalui Ibrahim dan Musa, kan?
Sebenarnya kita boleh membaca kandungan suhuf Ibrahim dan Musa kerana ia dirakamkan semula di dalam Quran. Kalau kita percaya bulat-bulat dakwaan agamawan memang kita akan terlepas pandang. Sebab itu abaikan mereka dan bacalah petunjuk dari Tuhan iaitu Al Quran.
Untuk mengetahui apa yang tertulis dalam suhuf Ibrahim dan Musa, bacalah surah Al A'ala' iaitu surah ke 87. Ia diakhiri dengan ayat-ayat yang menyebut,
87:18 Sesungguhnya ini di dalam suhuf-suhuf terdahulu.
87:19 Suhuf Ibrahim dan Musa.
87:19 Suhuf Ibrahim dan Musa.
Surah A'ala adalah rakaman semula suhuf Ibrahim dan Musa. Jom bacanya dengan minda terbuka. Fahami apa yang disampaikan. Adakah di dalamnya ada elemen agama? Kongsi pendapat anda ya.
No comments:
Post a Comment