Ya kekasih Allah ❤️🙏🏽
Sudin : Sebegitu ramai ahli ilmu Fekah yang hanya bijak melagukan melafas didalam bahasa Arab, akan tetapi ‘Fahamnya‘ tidak juga,
.
Ajis : Dan sebegitu ramai ahli Hakikat yang gemar bersyair menyulamkan yang tersurat dan yang tersirat hanyut asyik di buai madah pujangga,
.
Ajis : Dan sebegitu ramai ahli Hakikat yang gemar bersyair menyulamkan yang tersurat dan yang tersirat hanyut asyik di buai madah pujangga,
Ramlee : Sementara para Ahli Makrifah pula lebih gemar menyepi diri dan berdiam selaras tingkatan kemuncak permahaman mereka yang berkesudahan dengan istilah ‘Tidak berhuruf dan tidak bersuara..‘ maka itulah sebabnya "RAMLEE BACA TAK BUNYI APA LANGSUNG!!"
“Ilmu dan peringkat, Jika ingin berguru, terdahulu kenalilah bidang ilmu yang benar-benar ingin diterokai, kemudian harus kenali kepakaran ilmu yang dibidangi oleh satu satu Guru itu, jika ingin menerokai ilmu Fekah, duduk beradaplah di sepan seorang Guru yang pakar dengan ilmu Fekah, belajarlah..,
jika ingin mempelajari ilmu Makrifatullah, carilah Guru yang fakum dengan perihal ilmu menuju ke singahsana Makrifatullah dan Guru yang peka dengan segenap keunikkan afa’al para Makrifah.
Janganlah di campur adukkan kelibat gaya laku para Ahli Fekah dengan perilaku yang telah Makrifat dengan Allah yang satu.‚ yang benar tetap benar, yang salah tetap salah, yang batal tetap batal, janganlah dicampur adukkan, dan yang mengetahui janganlah cuba menyembunyikan,
Cuma lagi bagaimana untuk mengunakan kebijaksanaan ddalam menjalankan pembicaraan, dari sudut mana atau dari bidang apa, ini pun wajib dihalusi kala di perbincangkan, 'masuk Kandang kambing mengembek masuk kandang Harimau mengaum,
Telitikanlah, sudut ilmu apa?, dan apa subjeknya? 'An investment in knowledge pays the best interest‘, kerana kita tak mahu membuang masa, Maka kita akan berbicara pada yang berminat sahaja,
kerana ‘Hanya Sang Pencinta sahaja yang mengenali akan apa yang dicintainya’. Lantas dimana ada kemahuan di situ ada kejayaannya, ‘How much knowledge you gain depends on your willingness to learn.’,
Tetapi itulah terkadang apa terzahir adalah sangat tidak masuk di akal, Nabi Allah Nuh membina Bahtera di atas bukit, Nabi Allah Ibrahim di arah menyembilih Anaknya, Nabi Allah Yusuff di penjaya sepuluh tahun akibat ketaatan dari terus melakukan apa yang di inginkan oleh Zuleyka. Nabi Allah Musa di arah bertemu Khidhir yang memperlakukan pembunuhan demi satu perjalanan sebuah ilmu dan pengertiannya.
Kalau di kaji, semua ini memang memecahkan kepala, namun itulah ‘There is no great genius without some touch of madness’. Dan ini semua adalah babak ilmu yang tidak sama makam peringkat ilmu dan ujiannya,
“Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya SEJENIS ILMU; dari sisi Kami.” - Surah 18 Al Kahfi di ayat ke 65,
Jelaslah ada Islam di mata Manusia dan ada Islam di mata Allah., Lantas seterusnya manakala pada yang gemar mengkeji dan menghina, sombong dan mempergambarkan riak, Kita pamir senyum sajalah.
.
. . ❤️
. https://youtu.be/_F46zCT_a7U
. 🌹🌷LEPAT🌷🌹
.
.
.
. . ❤️
. https://youtu.be/_F46zCT_a7U
. 🌹🌷LEPAT🌷🌹
.
.
No comments:
Post a Comment