Andai ada keris 7 lok,
Terselit kerambit bermata dua,
Akan datang pendekar bersongkok,
Membalas nyawa dengan nyawa.
Terselit kerambit bermata dua,
Akan datang pendekar bersongkok,
Membalas nyawa dengan nyawa.
Melayu itu budinya halus,
Menerima memberi tidak diganti,
Sudah bertahun sabar itu haus,
Jangan sampai hilang mati.
Menerima memberi tidak diganti,
Sudah bertahun sabar itu haus,
Jangan sampai hilang mati.
Jika helang tajam memerhati,
Lembu pula meragut rumput,
Andai pengkhianat masih menari,
Izinkan hulubalang pergi menjemput.
Lembu pula meragut rumput,
Andai pengkhianat masih menari,
Izinkan hulubalang pergi menjemput.
Damai di cari bukan di beli,
Aman di pinta bukan di kota,
Jika mereka mahu kita membeli,
Jangankan membeli, borong kita pinta.
Aman di pinta bukan di kota,
Jika mereka mahu kita membeli,
Jangankan membeli, borong kita pinta.
Keris berdarjat 13 lok,
Buat pakaian panglima berjanggut,
Sarang tebuan jangan dijolok,
Harimau tidur jangan dikejut.
Buat pakaian panglima berjanggut,
Sarang tebuan jangan dijolok,
Harimau tidur jangan dikejut.
Keris disanding bersama tombak,
Diasap setanggi bunga teratai,
Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai.
Diasap setanggi bunga teratai,
Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai.
Keris lok 3 amat bisa,
Keris lok 9 jangan dicabar,
Bila bicara sudah dikata,
Tidak berundur walau dibakar.
Keris lok 9 jangan dicabar,
Bila bicara sudah dikata,
Tidak berundur walau dibakar.
Sudah lama tidak berpuitis.
Indah kan bahasa MELAYU.
Indah kan bahasa MELAYU.
Dalam marah boleh berpantun,
Berpantun pula bernada marah,
Salah dan silap harap di ampun,
Marah kita bukan melatah..
Berpantun pula bernada marah,
Salah dan silap harap di ampun,
Marah kita bukan melatah..
No comments:
Post a Comment