Thursday, 26 September 2019

lepat


. . ๐ŸŒน
"Ingin ku tuliskan sepucuk surat cinta, Buat yg maha membolak balik gelombang perasaan insan manusia. Agar lembing penerkaan ini dapat melayang dengan tepat menembusi ke dada sasaran..
Di atas nama Insan, nyawa dan seberkas perasaan,Telah ku robek dada Takdir ini, telah jua ku rentap keluar jalur riaknya.
Dengan sepasang bola mata yg telah kian lama merasa letih, Pasrah ku menoreh kelopak
merah jingga di rongga Senja.
"Celaka ini harus segera ku bunuhi, harus jua segera ku kuburi di sini!".. Tanah ini adalah saksi dan peneman setiap jejak langkah ini, Pasti ia akan semati Rahsia ini dengan teliti di dalam sepi..
"Kelana Asmara ku di dakapi debu, di cela di hukum tak menentu, Se umur hidup ku
memendam rindu, kerana Engkau adalah Tujuan ku!".
"Dunia Ku, Kasih ku, Cinta Ku, Dambaan rindu
kesuma di jiwa ku!, Janganlah berpaling dari ku, Rapatkan dada mu, Pejam mata mu, Bebaskan jiwa mu seluas tujuh pertala langit
mu,.. Lalu Peluklah Aku!".
Tidakkah Kau merasai gelora kasih ku pada alun turun dan naiknya nafas ku, Memangil nama mu, memuja mu, menyeru mu dengan bertalu talu". Datanglah pada ku, Walau sekejap waktu, kecapilah ketulusan ku, Dengar degup jantung ku, dengarilah jua segalanya memuji mu.
Wahai kekasih Ku, Lihatlah rabak yang ternganga di Hati ku, merahnya menyala,
Lihatlah akan bertapakah teruknya akal ku telah di perlaku, Semuanya hanyalah salah
tafsirnya mereka ke atas jalan Cinta ku terhadap Mu..,
"Aku menyintai Mu dengan sepenuh hati dan jiwa raga ku!", Aku menyintai Mu melebihi dari
apa yg mereka pernah tahu!"..
Kekasih ku.....
"Datanglah pada ku, tatapilah mata ku, tanyalah hati mu!", Nescaya Kau akan segera tahu, "Akulah CINTA yg kau tunggu tunggu".
Dan yang terakhir, Ya Kekasih ku, Terimalah 'Terima kasih ku ke atas segala galanya"
"Aku kan selalu menunggu, Sehingga tibanya saat itu"..
.. .❤️
. . https://youtu.be/fZZ7FRM0S0k
๐ŸŒท๐ŸŒทLEPAT๐ŸŒท๐ŸŒท
.

No comments:

Post a Comment