TUBUH DAN RUH, KADIM DAN ZAHIR.
Dalam pengertian tubuh kadim dan Ruh kadim itu ialah bersumber dari pada Makrifatunnafsi, ertinya mengenal diri daripada Allah dan tiada pernah terpisah dengan Allah sejak awal yang tiada berawal, hingga kepada akhir yang tiada berakhir nanti.
Demikian pula yang dikatakan Tubuh dan Ruh Zahir, sebenarnya hal ini sejak awal memang tiada pernah terpisah. Kerana pada masa kadimnya, yang zahir dibungkus oleh yang kadim, sedangkan setelah zahir, maka yang kadim pula dibungkus oleh yang zahir. Hanya ganti tempat sahaja secara rahsia.
Demikian pula sebentar lagi, apabila sampai panggilan Ilahi untuk
kembali ke Rahmatullah (asal), tentu demikian pula dan tetap diselubungi
oleh cahaya dari pada NUR MUHAMMAD sepanjang masa. Dari ini, maka
nyatalah bahawa manusia yang berpandukan pada dalil hadis Rasulullah SAW
yang berbunyi:
"Aku berasal daripada Allah,
dan sekalian alam berasal dariku."
Betul-betul dapat mengerti bahwa tubuh zahir ini pun berasal dari Allah S.W.T, bukan dari tanah. Sebab telah difahami, bahawa Ahmad itu adalah tubuh zahir kita dan dapat dimengerti pula, bahawa Ahmad itu adalah badan manusia, serta nama daripada nabi pun, nyatanya tuhan Allah S.W.T.
#TAUHID

No comments:
Post a Comment