SIAPAKAH YANG MEMBERI NAMA ALLAH ITU ALLAH DAN NAMA NUR MUHAMMAD ITU MUHAMMAD?
Semasa Nur Muhammad terjadi dengan sendirinya dari Nurullah di alam Ahadiah maka Nurullah itu pun dipanggil Allah dan Nur Muhammad itu diberi nama Muhammad.
Ia terjadi apabila Nur Muhammad mengaku bahawa Allah itu maha berkuasa, lalu Nur Muhammad bersaksi bahawa tiada tuhan yang akan disembah melainkan Allah. Selepas penyaksian Nur Muhammad itu maka Allah pun bersaksi bahawa Muhammad itulah Rasullulah atau pesuruh Allah.
Maka di sini jelaslah bahawa Nama Allah itu diberi oleh Nur Muhammad dan nama Muhammad itu diberi oleh Allah. Allah atau pun Muhammad pada hakikatnya adalah satu juga wujudnya.
No comments:
Post a Comment