SALAHKAH TUHAN?
Sungguh menghairankan, jika kamu membuat Tuhanmu murka, menyalahkan-Nya atau mengatakan bahawa Dia tidak adil, merendahkan pemberian atau menyingkirkan marabahaya.. Tidakkah kamu mengetahui bahawa setiap kejadian atau peristiwa itu telah ditetapkan masanya, dan setiap marabahaya itu telah ditetapkan tempohnya yang tidak boleh ditangguhkan atau dipercepatkan:
Masa bahaya tidak dapat ditukar dengan masa aman, dan masa aman pun tidak dapat ditukar dengan masa huru-hara.. Oleh kerana itu, hendaklah kamu bersopan-santun, diam dan jangan banyak bicara, bersabar, berserah diri sepenuhnya dengan tulus ikhlas kepada-Nya, menyesuaikan kehendakmu dengan kehendak-Nya, dan bertaubat kepada Allah kerana kesalahan yang telah kamu perbuat.
Syeikh Abdul Qadir Al Jailani
No comments:
Post a Comment