RUMI DAN PEMABUK
Walaupun pengikutnya terdiri daripada golongan raja dan para pembesar, pengkritik Rumi tidak pernah faham mengapa cinta dan dedikasi terbesar Rumi adalah kepada golongan bawahan seperti tukang jahit, penjual kain, dan penjaga kedai kecil, dan termasuklah mereka yang terdiri dari golongan yang kotor, tidak sopan serta tidak berakhlak. Inilah sahabat-sahabat yang paling beliau kasihi.
Dikisahkan bahawa suatu hari, sementara Rumi dalam keadaan sedang berfikir yang amat dalam, dikelilingi oleh murid-muridnya, seorang pemabuk berjalan sambil berteriak dan tersandung. Lelaki itu terhuyung-huyung ke arah Rumi, dan kemudian jatuh ke atasnya.
Kepada pengikut Rumi perlakuan tersebut seperti memalukan guru mereka
dan tidak dapat dimaafkan, lalu mereka bangun dalam keadaan tergesa-gesa
untuk menghalau pemabuk tersebut.
Rumi mengangkat tangan untuk menghentikan mereka sambil berkata, "Saya fikir penceroboh ini adalah orang yang mabuk, tetapi sekarang saya melihat bukan dia, tetapi pelajar-pelajar saya sendiri yang mabuk!"

No comments:
Post a Comment