RAHASIA SOLAT
Adapun sifat Allah Taala berdiri dengan zat Allah, adapun sifat makhluk berdiri dengan sifat Allah Taala itu jua, adapun zat Allah berdiri dengan sendirinya tiada berkesudahan, dan tiada bertempat zat Allah itu dengan sendirinya jua. Jangan kita mengenal sembahyang semata-mata kerana sembahyang itu amal jasad kita. Sembahyang itu badannya dan yang disembahyangkan itu nyawanya, yang sembahyang pun ia, yang menyembahyangkan pun ia.
Sembahyang itu kepada zat Allah Taala maka itulah sebabnya sembahyang itu tiada dapat ditinggalkan. Sembahyang yang lebih kepada itu. Iaitu yang memuji aku sesuatu di dalamnya; yakni tiada berkehendak pada syurga, dan tiada takut akan neraka. Ia ingat akan dirinya, itulah erti sesuatu di dalamnya. Hendak yang demikian itu, yang menyembah pun hak dan yang disembah pun hak.
Barang siapa sembahyang itu hendaklah tahu ertinya yang berbuat hanya
Allah, fana pada sifat iaitu tiada yang hidup hanya Allah, fana kepada
zat iaitu tiada maujud hanya Allah, zahir sifat Allah dan yang
sebenar-benarnya sifat kita iaitu Allah. Adapun zahir zat Allah itu
iaitu zat kita yang batin. Yang diumpamakan cermin itu badan kita, dan
yang diumpamakan menilik cermin itu, kembalilah pandang yang cermin itu
kepada yang menilik.
Berdiri sembahyang ingat hati akan Allah Taala, sesuatu yang dikatakan di dalam sembahyang, kata-kata menyembah Allah Taala, dan bukan kata-kata adat. Berdiri, rukuk, sujud, duduk, ingat hati menyembah Allah Taala. Khusyuk hati ertinya ingat akan yang disembah dari mula sembahyang hingga akhirnya. Tetaplah anggotanya, maka adalah sembahyang itu ruhnya khusyuk di dalam sembahyangnya.
Mengata Allahu Akbar zat, sifat, asma, af'al; tiada lagi hati yang menyebut dan tiada lagi lidah yang mengatakan; hanya zat, sifat, asma, af'al, hayat, ilmu, kudrat, iradat maka inilah namanya 7 rahasia Allah Taala, maka rahasia itulah yang sebenar-benarnya sir Allah Taala.
Adapun AKU rahasia yang memerintah ruh, dan ruh memerintah hati, dan hati memerintah tubuh. Berdiri sembahyang itu Allah jua yang ada yang esa sendirinya, tiada dua dan tiada tiga. Allah memuji dirinya sendiri maka itulah fana kita, tiada kita lagi bertubuh, batin dan zahir, hanya Allah Taala ada bertubuh Muhammad batin dan zahir, maka itulah bertubuh akan ruh namanya, hanya Muhammad jua yang jadi tubuh kita. pada hakikat Muhammad itu, rahasia iaitu sir namanya di dalam sir itu, AKU.
Itulah hakikat takbiratul ihram, keputusannya hingga sampai akhir kalam, itulah yang dipegang oleh Allah, engkau pergurukanlah kepada guru yang ahli hakikat hendaknya.
#SOLAT

No comments:
Post a Comment