Tuesday, 4 July 2017

Proses Pemecahan Wajah

Proses Pemecahan Wajah
(KHAWASUL KHAWAS)
dan THIFLUL MA'ANI
***** ***** ***** *****
Wajah di dalam wajah kita ada 9 bernama :

1. Sirrus sirr,
2. Sirr,
3. Ahdah,
4. Wahdah,
5. Wahdiah,
6. Ahmad,
7. Muhammad,
8. Mustafa,
9. Mahmud.

Ada 9 (Sembilan) Tashahud juga yang kita lakukan dalam Solat 5 waktu..
dan pada waktu-waktu itulah wajah-wajah ini akan keluar..

“Inni Wajjahtu wajhiya lillazi fatar-as-samawati wal arda hanifam wama ana min-al-mushrikin.”
Bagi mereka yang belum menjalani Maqam Sholahuddaim, maka dia tidak dapat mengeluarkan wajah-wajah ini, kerana apabila wajah Ahmad dan Muhammad keluar dan mereka tidak menapaki Maqam Sholahuddaim maka itu ertinya dia akan mati..
Hanya yang sudah mencapai Maqam Sholahuddaim sahaja yang boleh keluarkan wajah-wajah ini..
Misalnya untuk pergi ke18000 Alam, untuk beribadah, atau menjalankan tugas Allah..
Banyaknya alam ini kerana :
Allah RABBUL ALAMIN..
Nabi Muhammad juga RAHMATAN LIL ALAMIN dan kita RAHMATAN FIL ALAMIN..
Ilmu tentang wajah-wajah akan terbuka ketika telah menguasai Ilmu tentang Nafas, Anfas, Tanafas dan Nufus, setelah melewati beberapa tahapan, misalnya dengan Nafas Ar-Rahman dan Wajah Ar-Rahman..
Dalam hal kita menapaki jalan Tasawuf iaitu jalan Hakikat dan Makrifatullah, diperlukan suatu keikhlasan dan kesungguhan. Oleh kerana itu Guru yang Mursyid dan yang Kasyaf sangat diperlukan untuk memantau dari jarak jauh, maksudnya guru tahu apa yang anak murid beliau mimpikan di malam hari..

Kemampuan untuk “DUDUK DALAM KALIMAH” penting, ini ertinya kita harus menguasai Zikir Nafas dan penyucian diri, agar kita mampu menghalau semua unsur yang akan datang mengganggu..
Mereka yang mencapai tahap suci ini akan dapat berjumpa dengan para Anbiya’ dan para Malaikat, dapat belajar langsung dari mereka, setelah itu akan mendapat Bapa dan Ibu “spiritual” kemudian, jika maqam meningkat maka akan diberikan nama Rahsia, yang dengan nama inilah penghuni langit mengenalinya..
Jika sahaja Roh dapat menembusi 7 lapis langit, maka sudah tentu dapat juga menembusi 7 lapis bumi, dan pastinya akan dapat mengetahui rahsia-rahsia makhluk yang duduk di semua lapisan ini..
Dengan demikian mudahlah bagi mereka untuk menghantar balik makhluk yang asalnya dari lapisan-lapisan ini. Pada kondisi ini biasanya gurunya terlebih dahulu sudah membuka rahsia huruf-huruf Muqotat, sebab ini merupakan kunci-kunci perbendaharaan untuk masuk ke dalamnya..
Bagi mereka yang sudah disahkan Mengenal Diri = Mengenal Allah, maka tidak ada yang dapat menggodanya dengan apa jua sekalipun, walau godaan tetap sahaja ada. Dan juga bagi yang dapat mengenal Diri akan diberi Anugerah Kasyaf (tembus pandang) oleh Allah Ta’ala..
Bukti sudah mengenal Diri ialah ketika dia dapat mengeluarkan 9 wajahnya semua. Dan juga, ketika dia telah ditalqinkan oleh gurunya (kafan-kan) dan ketika pintu langit telah terbuka dan dia melihat semua isi langit: Sidratul Muntaha, Baitul Arsy, Arsyillah..
Puncaknya adalah ketika masuknya Al-Quran dari langit terus ke Dada dan mendapat kesempatan membaca Al-Quran di Sidratul Muntaha..
Allah berfirman di dalam Hadis QudsiNya:
“Hai hambaKu, apabila engkau ingin masuk ke HaramilKu (Haramil Qudsiyah), maka engkau jangan tergoda oleh Mulki, Malakut, Jabarut, kerana alam Mulki adalah syaitan bagi orang Alim, Alam Malakut adalah syaitan bagi orang Arif, dan Alam Jabarut adalah syaitan bagi orang yang akan masuk ke Alam Qudsiyah”.
Wajib bagi semua manusia mengetahui kemampuan dirinya iaitu berada pada alam yang mana, dan jangan mengaku-ngaku sesuatu yang bukan haknya..
”Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui akan kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya, menjaga lisannya, dan tidak mensia-siakan umurnya”..
Seorang Alim harus mampu mencapai makna hakikat manusia yang disebut “Tiflul Ma’ani” (Bayi Ma’nawi)..
Setelah itu harus mendidiknya dengan tetap melakukan Asma Tauhid dan keluar dari alam Jasmani ke alam Ruhani, iaitu alam As-Sirri yang di sana tidak ada sesuatu pun selain Allah. Sirr itu seperti lapangan dari cahaya, tidak ada hujungnya. Inilah Maqam Al-Muwahidin..
Berusahalah untuk mencapai ke tahap itu melalui ajaran guru atau orang yang ahlinya. Ada di antaranya sengaja tidak dihuraikan dengan lebih lanjut kerana sebahagiannya adalah rahsia yang perlu dibicarakan secara khusus..
MELAHIRKAN SEMULA BAYI MAKNAWI = MEMULANGKAN AMANAH ALLAH
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani adalah SULTANUL AULIA' atau QUTUBUL AULIA’ yakni Penghulu segala Wali Wali Allah, maka wajarlah kita dalam mencari JALAN PULANG menjadikan beliau sebagai salah satu SUMBER rujukan..
Petikan dari kitab “SIRRUR ASRAR”
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani menamakan kandungan itu sebagai TIFLUL MA’ANI (budak kecil) - kata GM saya, atau BAYI MAKNAWI dan menjelaskan bahawa istilah itu merujuk kepada RUHKU ALLAH yang disebutnya sebagai RUH AL-QUDSI.
1. Makhluk pertama yang diciptakan Allah (ditajallikan) adalah RUH MUHAMMAD diciptakan dari Cahaya JAMAL ULLAH.
2. Ruh Muhammad adalah RUH YANG TERMURNI sebagai makhluk pertama dan ASAL seluruh makhluk. Dari Ruh Muhammad itulah Allah menciptakan semua ruh di Alam LAHUT yakni NEGERI ASAL bagi seluruh manusia. maka kita sebut kita ini sebagai UMAT MUHAMMAD.
3. Selanjutnya ruh-ruh (perhatikan bukan ruh tetapi ruh ruh) diturunkan ke Alam TERENDAH dimasukkan pada makhluk terendah yakni JASAD setelah membuat PENGAKUAN di hari PERJANJIAN di mana Allah bertanya “Alastu birabbikum” = Bukankah Aku ini Tuhanmu? Ruh menjawab, Benar Engkaulah Tuhan kami.
4. Proses turunnya (ruh) adalah setelah ruh diciptakan di Alam LAHUT, maka diturunkan ke Alam JABARUT dan DIBALUT dengan CAHAYA JABARUT sebagai pakaian antara DUA HARAM disebut sebagai RUH SULTANI. Selanjutnya diturunkan lagi ke Alam MALAKUT dan dibalut dengan cahaya MALAKUT dinamakan sebagai RUH RUHANI. Kemudian diturunkan lagi ke Alam MULKI dan dibalut dengan CAHAYA Mulki dinamakan RUH JASMANI.
5. Untuk KEMBALI (jalan pulang) ke negeri asalnya (Alam LAHUT) manusia perlu beribadah, maksudnya ibadah di sini adalah MAKRIFATULLAH. Makrifat terwujud bila manusia dapat melihat indahnya sesuatu YANG TERPENDAM dan TERTUTUP di dalam RASA di LUBUK HATI disebut sebagai KANZAN MAHFIYYAN = terpendam dan tertutup, firman Allah: “Ku ciptakan makhluk agar mereka MengenalKu”.
6. Alam Makrifat = Alam Lahut = Negeri Asal kita = Tempat Ruh Al-Qudsi = Bayi Yang Perlu Dilahirkan semula = AKU.
7. Yang dimaksudkan dengan Ruh Al-Qudsi adalah HAKIKAT MANUSIA yang disimpan di LUBUK HATI, Keberadaannya akan diketahui dengan MENGAMALKAN secara TERUS MENERUS Kalimah Syahadah “La Ilaha Illallah”.
8. Ahli tasawuf menamakan Ruh Al-Qudsi dengan sebutan TIFLUL MAANI (bayi maknawi) kerana ia dari MA’NAWIYAH QUDSIYYAH.
Pemberian nama TIFLUL MAANI didasarkan kepada:
1. Ia lahir dari HATI seperti lahirnya bayi dari RAHIM ibu dan ia diurus dan dibesarkan hingga dewasa (dengan gerak rasa).
2. Bayi bersih dari segala kotoran dosa lahirriyah. Tiflul Maani juga bersih dari SYIRIK dan GHAFLAH (lupa dan lalai kepada Allah).
3. Tiflul Ma’ani HALUS dan SUCI.
4. Ia BERWUJUD seperti RUPA MANUSIA (itu) juga kerana MANISnya bukan kerana kecilnya dan dilihat dari AWAL ADA-nya, ia adalah MANUSIA HAKIKI (yang sebenar-benarnya kita atau manusia = AKU) kerana Dialah YANG BERHUBUNGAN LANGSUNG DENGAN ALLAH. (jasad tak boleh berhubung dengan Allah secara langsung/terus-menerus).
5. Firman Allah melalui Hadis Qudsi:
“AKU punya waktu khusus dengan Allah, Malaikat terdekat, nabi dan rasul tidak akan memilikinya”.
“Kamu sekalian akan melihat Tuhanmu seperti kamu melihat sinar bulan purnama”.
Al-Quran:
“Wajah wajah orang MUKMIN pada hari itu BERSER-SERI”.
Yang dimaksudkan dengan MALAIKAT TERDEKAT = RUH RUHANI yang diciptakan di alam Jabarut.
Bila segala sesuatu SELAIN RUH AL-QUDSI masuk ke Alam LAHUT maka pasti akan TERBAKAR.

Dalil dari Hadis Qudsi yang lainnya:
1. ILMU BATIN adalah RAHSIA di antara RahsiaKu. Aku jadikan di dalam HATI hamba hambaKu dan tidak ada MENEMPATINYA kecuali AKU.
2. Aku ini BERADA pada SANGKAAN hambaKu. Aku bersamanya ketika dia MENGINGATI–Ku. Bila dia mengingatiKu pada HATI-nya, Aku pun mengingatinya pada Dzat-Ku.

“ T A F A K K U R “
Yang dimaksudkan dengan Hadis ini adalah manusia pada WUJUD MANUSIA iaitu di alam TAFAKKUR
Hadis Baginda Rasul:
“Tafakkur sesaat lebih besar pahalanya daripada IBADAH 70 tahun”.
Dan berfikir tentang MAKRIFAT kepada Allah, maka nilai tafakkurnya lebih daripada beribadah seribu tahun. Ini adalah ALAM MAKRIFAT iaitu ALAM TAUHID.

WAJHILLAH = Wajah Allah dalam al-Quran

Ayat-ayat berikut iaitu: (2:115), (2:272), (30:38), (30:39) dan (76:9) mempunyai rahsia yang besar dari segi hirarki manusia, pentabiran Allah s.w.t. kepada para Khalifah-khalifahNya yang merupakan golongan Khawasul Khawas.
Ulasan ringkas: Ayat pertama yang menyebut Wajah Allah ialah Al-Baqarah: 115
Sejak awal menyatakan bahawa kepunyaan Allah-lah Timur dan Barat yang menekankan bahawa untuk melihat Wajah Allah kita harus meletakkan diri kita sebagai hamba yang tidak punya apa-apa sebab semuanya hak Allah.
Ini diakhiri dengan Surah Al-Insan ayat (76 : 9)
Yang menekankan agar manusia wajib melihat Wajah Allah dengan menggunakan 9 wajahnya.
5 ayat di bawah ini menjadi sandaran penting untuk Melihat Wajah Allah:

1. Terkait dengan 5 kali solat fardhu = waktu yang wajib untuk memandang Wajah Allah
2. Terkait dengan 5 Ulul azmi = Muhammad saw, Isa as, Musa as, Nuh as, yang menjadi pemandu kepada “Al Ghauts/Kembali” dalam melaksanakan tugasnya sebagai Ketua Khalifah
3. Terkait dengan 5 Naqib kepada Al-Ghauts = Qutb, Qutb Al Bilad, Qutb Al Aqtab, Al Irshad, Qutb Al Mutasarrif.
4. Di bawah setiap 5 Naqib itu masing –masing ada =
7 Budala (diketuai Qutb),
7 Nujuba’ (diketuai Qutb Al Bilad),
7 Nuquba’ (diketuai Qutb Al Aqtab),
7 Awtad (diketuai Qutb Al Irshad),
dan 7 Ahyar (diketuai Qutb Al Mutasarrif).
5. Walaupun ini menunjukkan satu hirarki tegak terdapat juga hirarki mendatar iaitu Qutb
lebih tinggi dari Qutb Al Bilad lebih tinggi dari Qutb Al Aqtab lebih tinggi dari Qutb Al
Irshad lebih tinggi dari Qutb Al Mutasarrif.
6. Dalam masyarakat kita selalu disebut tentang kewujudan 40 Abdal, maka sebenarnya semua mereka yang di bawah Al Ghauts ini ada 40 orang. Mereka juga disebut “Rijalul Ghaib” dan maqam mereka ini adalah As Siddiqun dan Al Muqarrabun.
7. Mereka semua (1+40 orang) senantiasa melaksanakan Solahud Da’im kerana
mereka pilihan Allah (Ahlullah) dan senantiasa memandang Wajah Allah.
8. Mereka dan para Wali-Wali Allah yang lain mengajak dengan ayat (12 : 108) mendapat limpahan Rahmat dari Allah seperti yang disebut dalam surah Yunus (10 : 62)
9. Dibawah ini adalah 5 ayat yang di dalamnya terdapat huraian tentang tugas para Khalifah Allah s.w.t, iaitu:

1. Al-Baqarah 2 : 115
”Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat, maka ke manapun kamu menghadap maka di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi Maha Mengetahui”.

2. Al-Baqarah 2 : 272
“Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri.
Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan)”.
3. Ar-Rum 30 : 38
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
4. Ar-Rum 30 : 39
“Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahalanya)”.
5. Al-Insan 76 : 9
“Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, Kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih”

Terima kasih kepada akhi Ki Untung Nurjati ...
BARAKALLAH.. ALLAHU AKBAR..

No comments:

Post a Comment