PERSOALAN BERKAITAN TAKDIR
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah s.w.t. telah menetapkan semua TAKDIR seluruh mahkluk sejak lima puluh ribu tahun sebelum Allah menciptakan Langit dan Bumi“
(H.R. Muslim – 2653)
Bentuk KEYAKINAN dari hadis tersebut di atas adalah:
"LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH"
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ
“Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah“
Dari KEYAKINAN tersebut akan tercapai JIWA yang IKHLAS dalam menjalani segala aspek kehidupan bermasyarakat di kehidupan sehari – hari dan secara SPIRITUAL, IKHLAS juga ketika ditakdirkan MASUK NERAKA atau MASUK SYURGA.....
Hadis Qudsi, Dari Abdullah bin Mas'ud r.a, ia berkata, Rasulullah s.a.w. bercerita kepada kami, beliaulah yang benar dan dibenarkan:
"Sesungguhnya penciptaan manusia itu terkumpul dalam perut ibunya empat puluh hari dan empat puluh malam, kemudian menjadi segumpal darah, semisal itu (40 hari = pen) kemudian menjadi segumpal daging, semisal itu (40 hari = pen), kemudian Allah mengutus Malaikat, kemudian ditetapkan dengan empat perkara iaitu rezekinya, ajalnya, amalnya, serta celaka dan bahagianya, kemudian Malaikat meniupkan roh padanya...
Sesungguhnya salah seorang di antaramu nescaya beramal dengan amal ahli syurga, sehingga jarak antara syurga dengan dia hanya satu hasta, namun catatan mendahuluinya, maka ia beramal dengan penghuni neraka, maka ia masuk neraka...
Dan sesungguhnya salah seorang di antaramu, beramal dengan amal ahli neraka, sehingga jarak antara neraka dengan dia hanya satu hasta, namun catatan mendahuinya, maka ia beramal dengan amal penghuni syurga, maka ia masuk syurga...
(Hadis Bukhari)
Jika tertimpa masalah atau musibah yang berat, maka ingatlah bahawa hal itu sudah menjadi takdir anda yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. maka InsyaAllah jiwa anda akan menjadi TENANG.....
No comments:
Post a Comment