KISAH WALI ALLAH DAN ISTERI
YANG BANYAK BERLETER
Lebih kurang dalam 500 tahun yang lepas tinggal seorang Wali Allah S.W.T. yang bernama Syeikh Abdurrahman Banjar Al Bani...
Syeikh Abdurrahman mempunyai seorang isteri. Isterinya ini setiap hari akan berleter "berleterrr... berleterrr.. berleterrr.."
Tapi Syeikh Abdurrahman ini hanya bersabar saja, tiap2 hari mendengar leteran dari isteri nya...
Bertahun tahun begitu sehingga pada satu hari Syeikh Abdurrahman sudah tidak tahan lagi, leteran isterinya semakin lama semakin tajam, semakin lama semakin pedas, semakin tegas, maka ia tidak dapat menahan dengan leteran itu..
Lalu Syeikh Abdurrahman mengambil keputusan lari dari rumahnya, maka beliau naik ke kawasan pergunungan dan di atas gunung itu ada gua. Sebaik saja dia memasuki gua itu, dia berjumpa dengan dua orang yang sedang beribadah kepada Allah di situ...
Salah Seorang bertanya pada Syeikh Abdulrrahman: "Jika kamu ingin menyertai kami, boleh tapi dengan satu syarat"
"Apa syarat nya??" tanya Syeikh Abdurrahman Banjar Al Bani.. Jawab si fulan: "Ketika giliran kamu membawa makanan, kamu kena bawa makanan untuk kita bertiga"
"Baiklah, tidak ada masalah"...
Pada keesokan pagi salah seorang dari mereka berdoa pada Allah S.W.T. dengan kuasa Allah S.W.T dikabulkan doanya, datang makanan yang dibawanya..
Pada tengaharinya seorang lagi berdoa pada Allah S.W.T. bertawasul...
Syeikh Abdurrahman ketika itu tidak tahu yang dia itu seorang Wali Allah, yang dia tahu dia sedang lari dari isterinya...
Sampai giliran Syeikh Abdurrahman berdoa, maka dia pun berdoa.
Subhanallah, Allah Kabulkan doanya. Datangkan makanan di hadapan mereka... Apabila mereka makan bersama sama kemudian makanan yang dirasakan itu lebih lazat dari mereka berdua, 2 orang itu bertanya pada Syeikh Abdurrahman:
"Mengapa makanan kamu lebih lazat dari makanan kami berdua?? Dengan siapa kamu bertawassul??"
Syeikh abdurrahman menjawab: "Jika kamu hendak tahu dengan siapa aku bertawassul, dengan syarat kamu berdua kena beritahu dulu dengan siapa kamu bertawassul.."
Lalu salah seorang itu beritahu pada Syeikh Abdurrahman:
"Kami datang di atas arahan Syeikh kami, untuk datang ke hadramaut ini, untuk menuntut daripada seorang Wali Allah yang kami dengar dari mulut Syeikh kami, namanya Syeikh Abdurrahman Banjar Al Bani, sejak kami datang ke sini, kami bertawassul dengan nama orang ini saja."
Syeikh Abdurrahman terkejut: "SUBHANALLAH!!! nama yang kamu sebut itu adalah nama aku sendiri."
"SUBHANALLAH,, Betul kah??" lalu ia dipeluk, di cium, lantas seorang itu bertanya: "Wahai Syeikh, dengan siapa kamu bertawassul?"
"Aku tidak tahu dengan siapa aku bertawassul, aku hanya bertawassul dengan orang kamu bertawassul..." (Yakni Syeikh bertawassul dengan dirinya sendiri)
"Wahai Syeikh Abdurrahman, daripada mana kamu dapat kedudukan tinggi seperti ini??"
"Aku tidak mempunyai ibadat yang banyak, atau amalan sunat yang banyak, dan qiamulai juga tidak banyak, cuma biasa biasa sahaja... Tapi mungkin dengan satu asbab menaikkan aku ke darjat yang tinggi ini, selama ini bertahun tahun aku bersabar dengan leteran isteri ku.."
Mereka berdua berkata: "iyaa mungkin, mungkin dengan sebab kamu bersabar dengan isteri kamu itu, menaikkan darjat kamu tinggi ini."
Syeikh Abdurrahman: "Jadi mengapa aku terus duduk di sini, tidak patut lagi aku di sini, aku patut bersabar dengan isteri aku dan makam aku akan terus meningkat..."
Lalu Syeikh Abdurrahman pun balik ke rumah nya, waktu itu sudah malam.. Sebaik saja sampai di rumah, Syeikh mengetuk pintu
"tukk! Tukk! Tuk!" Assalamualaikum
"Tuk! Tukk! Tukk!" Assalamualaikum
Lalu terdengar suara isterinya dari dalam:
"TIDUR LUAR BANG!!"
"YA ALLAH!! Xpa2 ini peningkatan makam, jangan sia sia kan"
Syeikh "Baiklahhh.."
Keesokkan subuh harinya, isterinya bukak pintu dan berkata:
"Haa, baru sekarang abang tahu abang mencapai tahap wali kerana saya, selama ni dengan leteran saya, dengan sabar abang pada saya, membuatkan abang mencapai tahap Wali.."
Apakah maksud semua ini???
Rupa rupanya,, isterinya Pun Wali Allah juga....
*****
PERSOALANNYA:
Bagaimana pula kalau isterinya itu bukan Wali Allah,, adakah Syeikh itu akan mencapai tahap Wali Allah?

No comments:
Post a Comment