JAHIL TAK BERTEMPAT
Janganlah kita menjadikan agama yang kita anuti ini sebagai bahan ketawa atau bahan jenaka bagi penganut agama-agama yang lain.. sedangkan semua orang sedia maklum, bahawa Islam ini adalah agama yang SYUMUL @ MENYELURUH..
Pandai kita bercakap bahawa Islam ini agama yang 'EVERGREEN' atau dalam erti kata lain nya sesuai sepanjang zaman.. tetapi perlakuan kita pula semakin terkebelakang.. di kala orang barat berlumba-lumba memajukan bangsa dan peradaban, kita pula sibuk dengan urusan kafir mengkafir sesama sendiri..
Semoga sekalian saudaraku di sini diberi ilham dan petunjuk oleh Allah Taala di dalam menjalani kehidupan di dunia ini, dan semoga mertabat ISLAM kembali diangkat di persada dunia.. amiin2
No comments:
Post a Comment