Ketahuilah kita semua,bahawa dalam kata ucapan :"asyhadu an laa ilaha illa allahu waasyhadu anna muhammadan rasulullah".kedua dua kalimah syahadat itu mengandungi 68 aqaid iman(simpulan iman)
Apabila kita sudah kenal dan mengetahui kesemuanya itu,maka barulah sah kita mengucap "asyhadu an laa ilaha illa allahu waasyhadu anna muhammadan rasulullah".
Sekiranya kita tidak mengetahui segala aqaid iman itu,ini bererti kita berbohong dan semata mata berdusta dengan ucapan kata :"Asyhadu "(aku ketahui/kenal atau aku bersaksi). Ini kerana dia hanya mengetahui keterangan yang disaksikanya itu saja. Tetapi jika dia mengaku bahawa dia sudah mengetahuinya ,itulah yang dinamakan berbohong kepada Allah taala dan Rasulnya.
Sebagaimana firman Allah taala dalam surah yunus ayat 68:
Mengapakah kamu berani mengatakan terhadap Allah taala apa yang kamu sendiri tidak mengetahuinya?.
Inilah suatu isyarat darpada firman Allah taala dalam surah al hujurat ayat :14
Telah berkata orang orang arab kami sudah beriman,katakanlah olehmu(wahai muhammad)kamu itu belum beriman dan tetapi katakanlah kamu semua "kami sudah islam".
Meskipun kamu ada mengucap dua kalimah syahadat,solat lima waktu,puasa bulan ramadhan,mengeluarkan zakat dan naik haji ke baitullah ,menjadi benarlah islam kamu itu,namun iman kamu itu berlum mursyid lagi kerana belum ada padamu itu tauhid dan ma'arifat.
No comments:
Post a Comment