Tuhan kini aku datang
“Baiklah Pak Mat Dauf.., Saya pun ada kerja lain nak buat ni, nak kena pergi beli Pastel kat Komtar.. kemudian nak kena siapkan Lukisan.., ada dua tempahan potret.. lalu sebeginilah…, Tak mengapalah apa sekalipun tangkapan mereka terhadap saya.., Saya Maafkan mereka., tak guna bertengkar atau berhujah, sebab di kesudahannya .. masing masing ada persepsi masing masing..dan masing masing ada tahap pahaman masing masing, dan masing masing akan tetap setuju dengan akal fikir masing masing.. maka tak kemana jualah …“ – Balas Hamzah sambil memperzahirkan sedikit senyuman.
“Laaa!! takkan hang nak diam saja!!, depa dok kalut maketing nama hang! Lagu tu lagu ni!!, Pak Mat rasa hang nak kena hentam balik!, manala tahu kot kot boleh masuk akai sikit!, ni depa dok main serebuuu saja!, hang pulak dok berdiam diri!, seronok la depaaa!!!“ - Tegas Pak Mat Dauf
Mendengar itu Hamzah tunduk ke bumi untuk sebeberapa saat, diam sejenak, dan kemudian memandang ke arah laut.. kemudia kembali menatap mata Pak Mat Dauf dan mula memberi sedikit penjelasan dengan tenangnya..
“Hmm.. beginilah Pak Mat,.., Saya ada terbaca, melalui satu kajian yang telah di lakukan di suatu ketika dahulu berkenaan BINATANG-BINATANG YANG MERBAHAYA YANG MANANYA MAMPU MEMBUNUH MANUSIA..
Melalui kajian itu, maka didapati bahawa
KERBAU membunuh 7 orang setiap tahun.
SINGA membunuh 500 orang setiap tahun.
BADAK SUMBU membunuh 800 orang setiap tahun.
LABAH-LABAH membunuh 5000 orang setiap tahun.
KALAJENGKING membunuh 7000 orang setiap tahun.
ULAR membunuh 10000 orang setiap tahun.
Dan kemudiannya yang amat menghairankan NYAMUK telah membunuh 2.7 juta orang setiap tahun!!“
“Ya Pak Mat Dauf..halusilah ini, tolonglah halusi ini dengan teliti, kajilah dengan penuh ketengan, sesungguhnya yang terkecil adalah yang paling dahsyat!“.. Halusilah, Maka sebegitulah jua dengan perihal yang membabitkan 'DOSA BESAR', Nescaya yang Syirik yang halus kecil, yang tidak diketahui atau di sedari ramai, adalah yang paling merbahaya, yang mananya MAMPU mematikan bahagian kehidupan Rohani kita, adakalanya dengan sifat KEAKUAN yang ada pada kita yang kecil lagi lemah ini, telah membuat kita MENDUAKAN TUHAN dengan tanpa kita sedari…“
“Adakalanya Pak Mat Dauf, Kalau kita kaji pada Surah 49 Al Hujuraat di ayat ke 12, Allah Ta’ala ada berfirman - ‘Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu TIDAK menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Jika demikian keadaan mengumpat maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani‘.
Pak Mat Dauf, sedarilah Akal fikiran Manusia sememangnya memang mudah dihanyutkan dengan Fitnah yang halus, Gosip yang nipis dan pembohongan kecil, yang mana sering dilakukan lebih kerap secara bersahaja, sedangkan didalam Quran ada menyebut, dan ianya mampu saja mematikan ‘Cahaya Akal, dan mengkaburkan manik manik Fikiran‘ kita..
Oleh itu ‘Fikirkanlah‘ demi sekurang-kurangnya kompromi yang Pak Mat Dauf lakukan setiap hari. Kerana adakalanya yang di anggap pekara ‘kecil‘ itulah yang akan membawa kejatuhan perihal kehidupan Rohani Pak Mat Dauf..
“Adakalahnya lebih baik kita BERDIAM, jika kita tidak mengetahui dengan sebenar benarnya akan sesuatu perkara itu. Sesungguhnya orang yang berjaya ada jelas mempunyai dua perkara di bibir mereka, ‘SENYUM DAN SENYAP‘,.. Kerana ‘Senyum‘ dapat menyelesaikan masalah, sementara ‘Mendiamkan diri‘ pula boleh mengelakkan masalah.
Benar Pak Mat Dauf, kita telah pun sedia maklumi, bahawa ‘Gula dan garam‘ boleh di campurkan bersama .. itu tidak di nafikan, akan tetapi Semut pasti menolak garam dan ianya kann hanya membawa gula, Oleh itu Pilih orang yang betul untuk kita bawa berbicara, dan jika berniat untuk bertanyakan sesuatu atau mencari kebenaran, maka pilihlah Sahabat yang bijak berfikir dan yang memiliki manik manik akal yang Positif lagi bercahaya.., Supaya segala keadaan di dalam kehidupan akan membuahkan suasana yang MANIS..“
“Ish! Betoi jugak apa yang hang kata ni, Tapi tudia laaa… Pak Mat dok denganq macam macam orang dok kata kat Hamzah!, tu yang Pak Mat dok pandang Hamzah lain macam jaa.. tapi bila dekat dengan Hamzah.. berbicara dengan Hamzah.. maka Pak Mat nampaklah akan PERBEZAAN di antara duduk bersembang dengan puak yang suka menghentam orang dan duduk bersembang ngan Hamzah secara berdepan laguni..“ Keluh – Pak Mat Dauf
“Wailul likulli humazatil lumadzah“ … Quran dah pesan dah Pak Mat Dauf.. maka terserahlah, masing masing adalah masing masing.. Saya senang saja.., Saya akan segera BERPALING ke arah lain apabila saya bersua dengan yang gemar menghukum dan yang gemar mengumpat… Hidup ini apalah sangat Pak Mat Dauf, Semua akan mati dan KEMBALI.. maka ada lebih baik kita meraikan hidup dengan memupuk hati bagi trus mengingati Allah yang maha menghidupkan kita dan memelihara mata batin kita agar tidak tergelincir kedalam kancah yang membawa akal dan perasaan kita ke arah MENDUAKAN ALLAH…,
Dan telah dengan jelas kalau dari segi LEVEL PERMAHAMAN memang Allah sediri telah menasihati kita agar jangan bertelagah di antara satu sama lain…
Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat). Surah 42 Asy Syuraa di ayat ke 13
Baiklah Pak Mat saya nak kena cepat ni, kalau nak sembang panjang kita jumpa saja di rumah saya nanti..InsyaAllah .. semuga Allah memelihara perjalanan Rohani kita bersama.. InsyaAllah dan Assalamualaikum Pak Mat Dauf"

No comments:
Post a Comment