Saturday 25 April 2020

fb d



Bila kita nak makan telur itu bermakna kita nak makan isi yang warna putih dan kuning bukan nak makan kulit telur. Kita pergi ke kedai beli telur sudah pastilah kita akan beli sekali dengan kulit. Sampai dirumah kita pecahkan kulit ambil putih dan kuning kulit masuk tong sampah. Sebab tak ada ayam bertelur isi tanpa kulit, tak ada penjual jual isi telur tanpa kulit. Begitulah kita hidup kat dunia ni kena terima dahulu masalah yang mendatang , baru kita mendapat hikmah disebaliknya dan baru kita dapat selesai. Bila kita terima masalah, barulah masalah itu akan hilang dan pergi dengan sendirinya. Jika kita tidak mahu menerima itulah yang menyebabkan masalah semakin berat dan semakin menimpa.

No comments:

Post a Comment