Tuesday 28 April 2020

MENCARI GURU MURSYID

MENCARI GURU MURSYID
________________________________________
Bermula guru-guru yang Mursyid itu bukanlah boleh dilihat pada segi penampilan zahirnya sahaja, ataupun tentang kedudukannya di dalam masyarakat, atau berapa jumlah sijil ilmu syariatnya, atau berapa panjang ekor serbannya, atau pun betapa warak wataknya, atau berapa banyak hafalan kitabnya, atau berapa jernih air mukanya, atau pun berapa gelap tanda hitam di dahinya, atau betapa bersopan santun orangnya, dan lagi dan lagi kriteria yang diletakkan oleh orang syariat.
________________________________________
Tetapi ianya hendaklah dipandang dari segi perawakan ilmunya. Ini disebabkan kerana banyak daripada mereka yang telah mencapai taraf Guru Mursyid yang sangat suka sekali menyelubungi dan juga merahsiakan ilmunya dan juga penampilan dirinya dari khalayak. Kadang-kadang orang ramai tidak mengetahui bahawa ia merupakan seorang mursyid yang mempunyai martabat yang tertinggi bahkan mencapai taraf Insan Kamil Mukamil yang diredhai Tuhan di dunia dan juga akhirat.
________________________________________
Janganlah sekali-kali kamu menilik kepada pakaian seseorang itu, lalu menandakan bahawa ianya terdiri daripada golongan orang-orang yang alim ulamak serta bijak pandai. Waima yang memakai gelar syeikh, lebai, ustaz, atau pun yang datang daripada keturunan yang baik-baik, kerana walaupun memakai pakaian sutera dan juga intan berlian sekalipun. Kerana yang kera itu tetaplah kera juga, walaupun berkalung emas di leher.

No comments:

Post a Comment