Tuesday 28 April 2020

MAQAM - MAQAM SOLAT

MAQAM - MAQAM SOLAT
________________________________________
1. Solat Syariat: Solat 5 waktu dan solat sunat yang dikerjakan menurut rukun dan syarat dan waktu tertentu berkiblat ke Baitullah Kaabah.
________________________________________
2. Solat Tarekat: Salik diperjalankan untuk menuju tuhan melalui kaedah zikir nafas “illah Hu”. Zikir Hu diucapkan ketika mana masuknya nafas dan tuhan pula ketika keluarnya nafas.
________________________________________
3. Solat Hakikat: Solat yang berkekalan atau disebut Solat Daim. Tanpa rukun dan syarat serta tidak ada apa-apa bacaan selain ingat kepada tuhan semata-mata di dalam keadaan berjalan, duduk, berbaring, atau ketika berada di mana-mana sahaja. Ingat kepada tuhan itu adalah di dalam qalbu, ruh, dan rahsia, hingga tidak ingat lagi kepada tuhan yang bererti fana kecuali ia diingati tuhan atau tuhan yang mengingatinya yang bererti baqa billah.
________________________________________
4. Solat Makrifat: atau disebut Solat Wusta yakni solat yang di 'tengah-tengah', sebagai mana firmanNya, “Ke mana sahaja kamu hadapkan wajahmu, di situ adanya Wajah tuhan.” Solat Wusta ini adalah di sudut relung mata hati yang paling dalam dan tersangat hampir dengan Wajah tuhan. Solat Wusta ini juga ialah menyaksikan tuhan dalam segala sesuatu dan tuhan juga menyaksikannya dalam segala sesuatu. Pendek kata, Solat Wusta adalah Penyaksian, Penyatuan dan PengEsaan antara seorang Pencinta dengan Kekasihnya.

No comments:

Post a Comment