Tuesday 28 April 2020

AMALAN YANG syirik

AMALAN YANG syirik
________________________________________
Memang banyak orang yang secara zahiriah nampak khusyuk sekali sembah hyang mereka. Bibirnya sibuk mengucapkan zikir-zikir, selawat selawat, dan doa-doa, namun hatinya masih tebal dihijab oleh urusan duniawi mereka.
________________________________________
Islam yang demikian itu ibarat kelapa, dan mereka hanya makan serabutnya. Padahal yang paling nikmat itu adalah isi kelapa dan air kelapanya. Mereka sembahyang lima waktu itu hanyalah sekadar zahirnya sahaja. Tidak terpengaruh sama sekali kepada jiwanya.
________________________________________
Padahal solat itu diharapkan dapat mencegah mereka daripada perbuatan keji dan mungkar, namun mereka tidak mampu untuk melakukannya dalam kehidupan sehari-hari.
________________________________________
Kalaupun hakikat solatnya itu membekas pada perilakunya, itupun hanyalah sedikit. Buat apa sembahyang lima kali, jika perangainya teruk dan buruk sekali? masih suka mencuri dan berbohong. Untuk apa bibir penat lelah berzikir menyebut asma tuhan, jika kita masih berwatak yang suka mengingkari segala asmaNya.
________________________________________
Lebih celaka lagi daripada ini, kadang-kadang pula mereka mengharapkan ganjaran pahala dan balasan syurga atas segala amalan mereka. Sembah hyangnya sahaja belum tentu lagi diterima serta dihargai oleh tuhan, tetapi mereka sudah terburu-buru minta balasan.

No comments:

Post a Comment