Tuesday 28 April 2020

PUASA KEROHANIAN: ZAHIR DAN BATIN



PUASA KEROHANIAN: ZAHIR DAN BATIN
________________________________________
Kurang daripada seminggu saja lagi, umat Islam seluruh dunia akan menjalankan rukun Islam yang ke-3, iaitu ibadah puasa. Marilah sama-sama kita buat ulang kaji dan juga muhasabah diri, apakah benar sempurna amalan puasa yang kita tunaikan selama ini..
________________________________________
Seringan-ringan puasa, adalah puasa menahan diri dari lapar dan dahaga.. tidak makan dan tidak minum di siang hari.. menjaga perbuatan dan pertuturan dari perkara-perkara maksiat dan sia-sia.. dan mengelak diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa..
________________________________________
Kerana tuhan telah berfirman "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian untuk berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa".. puasa ini hanya dilakukan selama sebulan, di dalam bulan Ramadhan, dan berakhir saat tibanya Aidil Fitri..
________________________________________
Seberat-berat puasa, adalah puasa menahan ke-AKU-an diri.. bukan aku yang berpuasa.. bukan aku yang bersolat.. bukan aku yang bersedekah.. kerana pada hakikatnya, diri kita ini tidak ada dan tidak nyata.. yang wujud, ujud, dan maujud, hanyalah tuhan.
________________________________________
Kerana tuhan telah berfirman "Aku perbuat kamu dan apa-apa yang kamu perbuat".. dan lagi sabda nabi "tiada daya dan upaya aku melainkan dengan izin tuhan".. dan lagi dalil, "tidak bergerak walau satu zarah, tanpa izin tuhan".. puasa ini berlaku setiap detik dan sepanjang hidup, sehingga tiba saat nyawa berpisah dari jasad..
________________________________________
Semoga tuhan permudahkan segala urusan kita sepanjang bulan Ramadhan di dalam musim PKP ini.. doaku buat kalian, semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan juga berkekalan di dalam rahmat dan juga redha tuhan. amiin2

No comments:

Post a Comment