Tuesday 28 April 2020

MISI TERAHSIA DARI TUHAN

MISI TERAHSIA DARI TUHAN
________________________________________
Iblis sejatinya mempunyai dua jenis misi utama dari Tuhan. Beliau ditugaskan dengan suatu misi di syurga, serta dengan suatu misi lainnya di bumi. Di syurga ia berkhutbah kepada para malaikat, menunjuki mereka tentang amalan yang baik. Dan di bumi pula, ia berkhutbah kepada manusia dan jin, menunjuki mereka tentang perbuatan yang jahat.
________________________________________
Ini kerana seseorang itu tidak akan pernah memahami sesuatu perkara, kecuali dengan mengenali perkara yang sebaliknya. Sebagaimana dengan kain sutera halus yang berwarna putih, yang hanya dapat ditenun dengan menggunakan lakaran dan juga corak benang berwarna hitam di belakangnya.
________________________________________
Makanya, para malaikat menunjukkan amalan baik mereka, dan berkata secara simbolik, "Jika engkau beramal, maka engkau akan mendapat pahala." Namun sesungguhnya, ia yang tidak pernah mengenal kejahatan sebelumnya, tidak akan pernah dapat mengenali kebaikan.

No comments:

Post a Comment