Tuesday 28 April 2020

MAKRIFAT IBLIS

MAKRIFAT IBLIS
________________________________________
Jika kalian telah menyembah tuhan selama 50 tahun, 60 tahun, 70 tahun, bahkan ada yang sampai 100 tahun... Lalu tiba-tiba, pada suatu hari, tuhan menyuruh kalian menyembah kepada selain dari Dia... Mahukah kalian sujud kepada yang lain itu?
________________________________________
Begitulah juga dengan makhluk yang bernama Azazil Alaihissalam... Beliau merupakan ketua segala malaikat... Merangkap imam dan juga guru tauhid buat sekalian para malaikat... Bahkan beliau juga adalah makhluk yang pertama sekali diciptakan oleh tuhan... Soal alimnya beliau, muka bumi mana yang tidak ada kesan sujud beliau kepada Tuhan...
________________________________________
Kita yang hanya mendengar kisah dari kitab-kitab dan juga hikayat lama mengenai beliau, dengan semberono dan membabi buta terus saja membenci dengan apa yang kita dinamakan sebagai Iblis itu, tanpa mengambil pengajaran dari beliau... jika diikutkan, kita umat manusia ini jauh lebih hina daripada Iblis... Dosa Iblis itu cuma satu, iaitu tidak mahu sujud kepada adam a.s...
________________________________________
Tapi dosa-dosa kita?
Silakanlah senaraikan sendiri;
Gunakanlah senarai di bawah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
* terlalu banyak;
tak tersenarai aku ðŸ˜‚🤣
_____________________________
Masih lagikah kalian mahu
Bongkak, mendabik dada,
Dan merasa hebat di dalam
Soal amal dan juga ibadah?

No comments:

Post a Comment