KISAH SERAM DI PLAZA :
Insiden ini berlaku kira-kira masa yang lalu!
Kami sekeluarga berlepas balik dari KL dah agak lewat malam. Kami tiba di Plaza Tol kira-kira jam 12:00 tgh malam dan ketika itu hujan renyai. Sebelum itu lagi saya dah terasa nak buang air sangat tapi ditahankan.
Selepas membayar tol saya telah berhenti di hentian selepas plaza tol tersebut. Mungkin kerana dah lewat tengah malam kawasan hentian tersebut agak lengang, cuma ada beberapa buah kereta yang berhenti di situ. Isteri dan anak2 saya semua sedang lena di seat masing2.
Walaupun di kawasan hentian itu ada lampu tetapi cahayanya agak suram tetapi saya tidak ler pulak rasa takut pun.
Dari jauh saya nampak seperti sesorang yang berpakaian putih menghala ke arah tandas. Saya rasa lega juga sebab ada juga kawan.
Bila masuk ke ruang ruang tandas, saya nampak salah satu pintu bilik tandas tertutup. Dalam hati saya mungkin orang tadi yang guna. Saya pun masuk ke salah satu tandas yang lain dan terus membuang air kecil tanpa menutup pintu tandas tersebut. Ketika sedang membuang air kecil saya terdengar suara seperti orang berbisik pssssttt!... psssstttt!... diikuti bau wangi... saya toleh ke belakang, tak nampak apa pun tapi bulu roma sudah mula rasa meremang.
Selesai sahaja buang air kecil saya pun terus keluar dengan pantas. Ketika melalui pintu keluar, sekali lagi saya dengar bunyi suara pssssttt!... psssttt!.. dari arah atas pintu tersebut dan diikuti bau wangi yang amat kuat.. Fuhhu..bertambah kuat degupan jantung saya dan saya segera menoleh ke arah bunyi suara tu datang.. saya nampak jelas atas palang pintu tersebut, alat penyembur wangian elektronik tu sedang menyemburkan wangiannya...
Sekian!
* Terima kasih kerana berminat membaca hingga habis!
No comments:
Post a Comment