Monday, 28 October 2019


Wak Sempoi
BRUCE LEE TERSUNGKUR DITANGAN DATO MEOR RAHMAN, MAHAGURU SILAT MELAYU. DAP CUBA MENGANGKAT BRUCE LEE PAHLAWAN MALAYSIA!. ORANG MELAYU MESTI BACA INI.
Ramai generasi muda sekarang seakan lupa sebenarnya seni Silat Melayu lebih dihormati dan mempunyai kuasa yang lebih hebat berbanding seni kung fu Bruce Lee. Kisah pertarungan antara Bruce Lee dengan Dato Meor Rahman bermula pada 1970, bila Dato Meor mengadakan persembahan silat selama dua minggu di Osaka Jepun. Semasa di Osaka inilah Seni Silat Gayong dan Dato Meor Rahman mendapat liputan media yang sewajarnya dan mula dikenali ramai. Bermulalah cabar mencabar bertitik tolak daripada Osaka Jepun.
Pada tahun 1972, anak murid Bruce Lee datang untuk cabar Dato Meor di Taiping. Selepas itu Bruce Lee bertemu sendiri dengan Dato Meor di Hong Kong pada tahun 1973.1
Ketika zaman gemilang beliau, Bruce Lee giat mencabar mana mana guru seni mempertahankan diri untuk menguji kehandalan beliau. Antara yang dicabar adalah mahaguru silat gayong Malaysia, Dato Meor Abd. Rahman.
Pada tahun 1973, Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato’ Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.
Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do (JKD). Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Seni Silat Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong.
Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, dia telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu.
Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato’ Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut. Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato’ Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut.
Sebaik sahaja melihat Dato’ Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato’ Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan (Kipas Senandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee.
Pukulan tangan Dato’ Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato’ Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.
Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato’ Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.
Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato’ Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau. Dato’ Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut.
Kemudian, Dato’ Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim. Kesemua enam pengikut Bruce Lee itu tumpas di tangan Cikgu Ahmad Lazim.
Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato’ Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu tetapi tidak kesampaian.
Cerita pertarungan itu telah tersebar secara meluas dikalangan pengamal bela diri antarabangsa, tetapi menjadi sudah sekian lama rahsia itu tersimpan rapi disebabkan faktor yang tertentu.
Rentetan dari kisah yang tersebar itu wartawan majalah Black Belt telah mengeluarkan lagi sekali artikel berkenaan Silat Seni Gayong dan Dato Meor Rahman pada tahun 1974. Dicky Zulkarnain, pesilat Indonesia sendiri mengakui pada tahun 1987 di Kejuaraan Silat Sedunia di Kuala Lumpur dan mendakwa orang yang menewaskan Bruce Lee ialah seorang mahaguru yang berasal dari Malaysia.
Diakui sendiri oleh salah seorang mahaguru seni silat gayung masih ada bahawa tumbukan Kipas Senandung itu memang amat berbisa dan punyai kekuatannya sendiri. Pesilat yang menjaga agama, akhlak dan belajar ilmu dengan tujuan yang benar memang akan mewarisi seni silat yang hebat dan luar biasa. Semua itu adalah anugerah daripada Allah SWT yang hanya diberikan sedikit kepada hambanya yang berjuang ikhlas untuk menjaga agama dan bangsa.
Anak murid Dato Meor yang mewarisi tumbukan Kipas Senandung (yang tumpaskan Bruce Lee) ini masih ada namun berada dalam keadaan pasif dan tidak menonjol di kalangan masyarakat. Ilmu yang ada hanya digunakan untuk tujuan tertentu ketika waktu terdesak sahaja bagi menjaga agama, bangsa dan tanahair.

No comments:

Post a Comment