Wednesday, 30 October 2019

anjing

Seorang lelaki telah meninggalkan anjingnya disisi anaknya yang masih menyusu agar dilindunginya lalu dia keluar daripada rumahnya untuk pergi berburu
Setelah pulang daripada berburu dia mendapati anjingnya menyalak dan berlumuran dgn darah dihadapan rumahnya
Lalu dia menyangka sama seperti sangkaan kita bahawa anjingnya telah memakan anaknya lalu dia mengajukan senapang kearah anjingnya dan menembak sehingga mati
Lalu dia bergegas masuk kedalam rumahnya untuk melihat keadaan anaknya itu tiba² dia melihat seekor serigala yg mati berlumuran darah sedangkan anaknya itu tidak disentuh dan selamat.
Cuba kita bayangkan perasaan rase bersalah yg dialaminya serta diliputi dgn penyesalan sepanjang hidupnya!
Betapa banyaknya nyawa yg hilang akibat kezaliman dan betapa banyaknya prasangka² terbinasa dengan sifat sangka buruk
Betapa banyaknya sesebuah hubungan itu terputus akibat salah paham yg berlaku
Maka!! jangan kamu hanya melihat dengan mata kepala sahaja tetapi lihatlah dgn akal sihatmu
Hendaklah kamu mengetahui perkara yang sebenar terlebih dahulu dan jangan kamu tergesa-gesa dalam menghukum sesuatu perkara hanya dgn pandangan mata
Hendaklah kamu mengetahui perkara yg sebenar dahulu sebelum kamu terjatuh kedalam kesalahan yg membuat kamu menyesal seapanjang hidup kamu... Wahai saudara yg ku cintai dan hormati

No comments:

Post a Comment