.
. .❤️
. .❤️
"Ahh! ENGKAU HANYA WANITA!!!”
itulah kata akhir dari Teman Lelakinya sebelum melangkah pergi, tidak lagi menoleh, apatah lagi untuk berpatah kembali, dan tinggallah dia berdiri sepi, jiwanya bagaikan koma, akalnya terpaku mati, sambil memejamkan matanya di cuba merenung mencari-cari dimanakah maksud sebenar akan bertuahnya sebagai seorang Maknusia yang memiliki seketul hati yang jujur dengan mana selamaini langsung tidak memiliki istilah berbelah bahagi.
“Nada Irama gambarkan sebak sayu memilu pun segera datang lembut melamar masuk ke telinga batinnya, lantas berjaya melarakan segenap rasa dihatinya.
Hiduplah dia bersama kesepian, berdiri penuh kesendirian merenung, meraba-rabalah dia di dalam Sukmanya yang telah luluh rabah terkoyak kasar, kemudian sambil merangkak penuh perlahan dengan tiada berteman sesiapa, menelusuri sepanjang lorong-lorang kesepian di jiwanya, cuba mencari paham pada erti yang tersirat di batinnya Al Quran, setelah sekian lama meraba mencari, akhirnya ternampak satu cahaya kecil dengan bertuliskan
“laqad khalaqnaa al-insaana fii ahsani taqwiimin..”
Dia tiba-tiba terkenang kembali pada apa yang telah di Talkin Ijazahkan kepadanya oleh Arwah Guru Makrifahnya, di usul kembali segala kaedah ‘Rububiah’ yang dipernah dibongkar bisikkan kepadanya oleh Guru yang tercinta. di Halus amatinya kembali.
Lantas dia didatangi oleh sedar yang paling dalam. Lantas dia bangun berdiri, sambil melepaskan senyuman yang paling manis, ke dalam jiwanya dan mula juga melemparkan senyum pada segenap yang memandangnya, dan mampu melambai mesra, bersama istilahnya ‘Total Ok’.
“Life is just a life..”, Dia tersedar bahawa diri sebenar dirinya adalah istimewa, ‘Lelaki akan tetap sahaja Lelaki!’, lalu istilahnya ‘Nothing compares to You’, di ubah halakan ke arah kewujudan diri sebenar dirinya yang telah dikenalinya yang mananya sentiasa selalu saja ADA menemaninya..
No comments:
Post a Comment