Salam Jumaat ya kekasih Allah ❤️🙏🏽
Dia menggunakan kepintaran akalnya dengan memecah dan menabur kepingan Roti kering sedikit demi sedikit ke tanah, itu dilalukan supaya 'JALAN KEMBALI' akan dapat di jejakinya, tetapi 'malang' tetap memihak kepadanya..
Sebegitulah kesudahannya sehingga seorang Wali Seni kembali memecah minda berlandaskan suasana itu di dalam lagunya.
"Ribut datang memperkosa, Sesak nyawa dalam jiwa bila roti kering, Jalan pulang
Yang kau fikirkan, Habis dilarikan, Habis dilarikan mergastua "
Yang kau fikirkan, Habis dilarikan, Habis dilarikan mergastua "
Bersamaan Hari Jumaat yang penuh Barakah ini, Maka terlintaslah ruang kesedarannya, akan 'Surah 18 Ayat 103-104-105", lantas terjadilah peperangan ganas berwajah sepi di dalam akal fikiran dan perasaannya.
"Dalam kecewa dihimpit rasa, Lapar dan dahaga , Sajian susu ikan merah
Suara pengalaman, Mendamaikan
Tanji gelora yang sempat singgah
Suara pengalaman, Mendamaikan
Tanji gelora yang sempat singgah
Kau hilang pertimbangan untuk pastikan , Apakah kau sedar atau dilamun khayalan ..."
Dan seterusnya sebegitulah dia memilih untuk langgar redah sahajalah dengan tanpa lagi menghiraukan akan istilah 'mereka yang mendustai ayat PERTEMUAN dengan Tuhannya' maka akan gugurlah segala amal ibadat mereka'
"Lantas dengan itu, Maka Buta di dunia maka akan 'BUTALAH' jua di akhirat kelak..."
Dan Sahabat ku yang Ku kasihi.. itulah wajah ceritanya Pagi ini, menangis Satu jiwa jantan di depan ku, dan yang termampu ku lakukan adalah bersahaja di dalam CINTA kasih sayang dan berteguh untuk terus pamirkan Senyuman seperti biasa".
No comments:
Post a Comment