Monday, 28 October 2019

Reno Hartono to "JEJAK SEORANG WALLIYULLAH"
JANGAN TUDUH ULAMA BERSALAH MESKIPUN DIPENJARA ATAU
DIBUNUH.
IMAM SYAFI'IE
Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap
pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh
Syiah dan pemecah-belah masyarakat.
IMAM HANAFI
Ditangkap, dipenjara, dicambuk, disiksa dan dipaksa minum
racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak
setuju dengan dasar-dasar pemerintah.
IMAM MALIKI
Dicambuk dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang
hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan
kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.
IMAM HAMBALI
Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga
hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang
bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah
menganggap mereka lebih betul daripada ulama.
SUFYAN AT TSAURI
Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara
kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum
gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan
petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu
mereka mati tertimbun tanah.
SAID BIN JUBAIR
Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana
didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan
dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.
ABU YAZID AL-BUSTAMI
Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh
sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah.
Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapapun
berhasil memancungnya.
ABUL HUSIN AN-NURI
Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan
hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah
yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.
IMAM NAWAWI
Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh
pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah
menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang
terkenal sepanjang zaman.
Subhanallah Allahu Akbar La haula wala quwwata illa billah...
Semoga bermanfaat,. bersambung
#copas

No comments:

Post a Comment