Sunday, 20 January 2019

Tipu daya matrix


©Tipu daya matrix
Sudah semakin ramai individual yang meletakkan pangkal penyakit mereka dengan gelaran 'sihir atau santau dan segala perkara mistik yang padahal tiada satupun perkara mistik yang menimpa pesakit, sebaliknya masalah kesihatan berkaitan samada perut atau kejiwaan. Itu belum termasuk dengan istilah 'scan' yang mereka claim dari individual yang lain. Sudah ramai dan semakin melata.
Pesakit semakin parah apabila fikiran di`racuni dengan perkara yang bukan-bukan, membawa kepada kelewatan untuk beroleh ikhtiar yang sebenar, sehingga penyakit melarat tidak dapat diselamatkan.
Sembelih jin, tangkap jin masuk botol, kurung jin, ikat jin, tidurkan jin dan pelbagai dakwaan mengarut lagi yang mereka gunakan untuk bodohkan dan tarik perhatian masyarakat.
Fenomena yang amat menyedihkan.
JANGAN DIBIARKAN MELARAT.
Hormonal Imbalances~Emotional Pain> Mental Illness.
Antara tanda Hormonal Imbalances (ketidakseimbangan Hormon) adalah Sukar Tidur Malam (Sleep Disorder).
Masalah ini akan bertambah apabila adanya tekanan disebabkan perasaan samada putus cinta, kekangan kewangan atau pendam perasaan (lazimnya dalam rumahtangga), semua ini pendorong kepada Emotional Pain.
Campuran kedua-dua masalah ini akan membawa kepada Mental Illness.
Silap langkah anda bakal bertemu dengan individual yang cop ini semua adalah gangguan jin atau sihir atau saka. Anda hanya membuang masa anda dengan golongan pelelong agama.
Dalam teknik rawatan yang sebenar ada kaedah yang betul tanpa perlu kaitkan dengan hal jin atau sihir.
Banyak yang sudah berjaya di`tangani apabila mereka memberi kerjasama dan bertemu dengan yang arif dan mahir di`dalam selok belok astral per`mikiran.
Jika di`lihat sandiwara cekerama berkenaan perihal mistik ini, semua watak-watak mengikut corak-corak raut wajah adat istiadat bangsa-bangsa sesebuah negara itu, dan tidak di`nafikan ada juga negara atau tempat yang memang tiada langsung perihal-perihal cerita mengenai sihir, santau, mistik dan sebagainya. Ternyata virus ini semakin menjadi-jadi setelah salah satu individual dari sebuah keluarga tersebut meng`claimkan fikirannya telah di`ganggu, secara tidam langsung bermula wabak-wabak mistik yang tidak memberi manfaat langsung ke atas individual yang lain.
`CEKERAMA SIHI® PALING SUSAH DALAM DUNIA"
Soalan : U pernah jumpa kes sihir dari siam? Susah tak nak settle?
Jawapan : Pernah. AlhamduLILLAH senang. Ada lagi yang lebih susah dari itu.
Soalan : Apa yang susah tu? Sihir Jawa ke?
Jawapan : Bukan. Itupun AlhamduLILLAH senang.
Soalan : Ini mesti sihir dari borneo, kan? Dengar kata sihir sana pun boleh tahan mainannya.
Jawapan : Bukan. Itupun InsyaALLAH, dengan bantuan tuhan/illah senang. Ada yang lebih susah.
Soalan : Aik. Ada lagi yang lebih susah? Sihir apa tu?
Jawapan : Sihir METADANU.
Soalan : Sihir apa tu? Metadon kot. U salah sebut nie.
Jawapan : Bukan metadon, itu dadah. Metadanu ni sihir, sihir paling susah sekali setakat ini, kadang-kadang saya hampir hendak give-up.
Soalan : Wah, lain macam sungguh. Macam dari filipina je. Kan u?
Jawapan : Tidak. Dekat-dekat sini saja.
Soalan : Maksud u, tanah melayu punya sihir?
Jawapan : Emm... Lebih kuranglah.
Soalan : Sihir apa tu u? First time saya dengar. Macam mana sihir tu?
Jawapan : Sihir ini kalau kena, jadi macam orang bodoh, ikut saja, turut saja, duit habis pun tiada masalah, asal dia puas, biarpun kena tipu. Tapi lepas tahu kena tipu, masih lagi rela ditipu, serah diri pada penipu. Walaupun jelas, penipu itu cakap mengarut, tetap hendak percaya, akhirnya ditipu juga. Tapi itu tidak menjadi masalah untuk mereka, asal mereka tetap puas dan peroleh jawapan yang mereka sudah set dalam otak. Senang cerita, kalau kena sihir jenis ini, memang jadi bodoh.
Soalan : Oo macam pukau ye u?
Jawapan : Tidak. Lebih teruk dari pukau. Pukau kalau kena sekejap saja. Sihir Metadanu kalau kena, kadang-kadang boleh berjangkit ke anak isteri, adik beradik, mak ayah, datuk nenek, jiran-jiran. Hampir semua jadi bodoh.
Soalan : Teruk tu u, ramai ke yang kena macam ni?
Jawapan : Ramai. Sihir jenis inilah yang paling banyak sekarang. Semakin merebak.
Soalan : Eh. Yeke? Bahaya ni. Sihir macam ni. Metadanu, bahasa apa tu sebenarnya u?
Jawapan : Bahasa melayu kita lah. Lagipun yang paling ramai kena orang melayu kita.
Soalan : Yeke u? Tak pernah dengar ni.
Jawapan : METADANU tu singkatan. Kalau panjangnya, MEntaliti TAk Daya Nak Ubah.
Soalan : Laa.. Ingatkan apa tadi. Itu rupanya.
Jawapan : Itulah sihir yang paling sukar sekali, yang saya hadap setakat ini. Masyarakat lebih gemarkan cerita-cerita yang mereka sudah setkan dalam otak mereka. Saka, sihir, jin.
Andai kita ceritakan hal yang sebenar masalah mereka, iaitu masalah mereka tiada kaitan pun dengan hal mistik. Mereka akan cop kita sebagai orang yang tidak 'power' dan mereka akan mencari puak-puak penunggang agama, kesudahannya tertipu. Sihir jenis inilah yang kadang-kadang buat saya hampir give-up. Berita hal penipuan dalam dunia perubatan yang memetik nama perubatan Islam banyak, scan sana, scan sini, alahai, yang senang cerita, cara mereka dakwa akan satu-satu penyakit pun jelas tidak relevan, tapi itulah yang masyarakat cari. Bukan menolak perkara ghaib. Mana boleh kita tolak perkara ghaib. Yang kita tolak adalah ketaksuban.
Islam mengajar kita menjadi umat yang berfikir, bukan kikir, kikir untuk berfikir.
Soalan : Ok,ok jelas u. Betullah yang u cakap tu, memang jadi depan mata saya banyak kali. Kalau kita tegur, diorang cakap, kalau tak pandai, tak payah masuk campur. Saya diam je la.
Jawapan : Saya bimbang sihir jenis ini semakin melata. Doalah semoga umat Islam di Malaysia terutamanya, sedar.
Sihir Metadanu, tiada ubat, tiada penawar kecuali kalian sendiri yang azam untuk sedar dan berubah.
Punca? Momokan dan dakwaan mengarut daripada mereka yang ada 'kedudukan' dalam masyarakat.
JANGAN DI`BIARKAN MELARAT DAN DI`SELUBUNGI MISTERI.

No comments:

Post a Comment