Dia pulang dgn keYAKINannya.....
Bagaimana pula kita??
Bagaimana pula kita??
Mohd Shafiq Alif
NAIK KE LANGIT, DENGAN CUMA MENGAYUH BASIKAL:
Ini ayahku. Tak campur orang. Asyik duduk di surau kecik yang aku bina khas untuk dia menghabiskan masa tuanya.
Sembahyang dan puasanya tak pernah tinggal, tapi ada satu perkara yang aku kesal...bila aku nak hantar dia pergi menunaikan haji ke Mekah, dia kata:
'Tak payahlah. Kau hantarlah emak kau sorang jer pergi.' Aku bertanya lagi, kenapa? Dengan mudah jer dia jawab:
'Setiap malam abah pergi'.
Itu yang mengharukan pemikiran aku sehingga aku menganggap ayahku sudah berada ditahap orang giler...saperti 'orang tua tak berbaju dan ingin naik kelangit hanya dengan mengayuh basikal.'
Tapi, aku ingat...ayahku ini benar jugak cakapnya. Itu aku yang menjadi bertambah giler tu. Bila aku memasukkan jenazahnya kelubang lahad, tiba-tiba aku tengok kain kapan yang membungkus jasadnya terus pupus kebawah seolah-olah jasadnya sudah tidak ada lagi. Takut malu, aku segera menutup papan lahad!
Mengenangkan peristiwa itu, aku jatuh sakit selama 3 bulan kerana terlalu banyak berfikir....fikir dan berfikir...kadang-kadang, aku berfikir yang bukan-bukan. Setelah aku tua, barulah aku tahu bahawa ayahku sudah naik kelangit tidak berbaju, cuma mengayuh basikal. Alahai.....
Sesungguhnya, semua orang kampungku memulaukan Ayahku...maklum jerlah, tak campur orang hanya buat hal sendiri saja. Orang kampung menganggapnya membela Hantu Raya....tapi, aku rasa, daripada hantu raya...lebih baik bela Hantu Kopek atau Hantu Tetek...betul tak?
Memandangkan pendapat ramai sedemikian rupa, aku juga jadi gementar...ada suatu ketika, aku juga turut mempercayai kata-kata orang kampung ni...ye, ayahku membela HANTU RAYA.
Apa tidaknya, cakapnya saperti orang giler. Nak hantar naik haji, dia tak mahu kerana setiap malam dia kata, dia pergi ke Mekah. Anak mana yang boleh menjadi tenteram pemikirannya, jika ayahnya sendiri telah sesat. Biarlah aku menjadi seorang anak yang soleh untuk menyelamatkan ayahku sendiri. Aku rujuk kisah ayahku kepada Uztaz Harun Din. Aku menjadi bertambah mereng, kerana Harun Din cuma memeluk aku seerat-eratnya tanpa memberikan sebarang jawapan yang tulus.
Sah dah. Ayahku sesat...membela hantu raya. Pada suatu hari, aku membuat usaha terakhir untuk menyelamatkan ayahku. Aku mahu menjadi seorang anak yang soleh. Selepas jam 12 tengah malam, aku segera pergi kesurau keciknya untuk mengintai apa yang sedang dibuatnya. Ayahku memasang pelita minyak tanah disuraunya, jadi pemandangan sedikit samar tapi jelas.
Lazimnya, apabila tidur ....ayahku selalu berselubung dengan kain 'gebal' kerana tidak tahan kesejukan. Dari celah lobang didnding surau, aku dapat memperhatikan bahawa kain yang menyelubungi tubuh ayahku sudah pupus kelantai. Ayahku tidak ada dalam selubungnya. Sah dah...dia sudah terbang untuk menjadi HANTU RAYA.
Keesokan harinya, aku adik-beradik telah mengadapnya untuk memberikan nasihat agar ayahku kembali kepangkal jalan. Tapi, dia cuma diam dan berkata:
'Kalau kau anak beranak menuduh aku ini Hantu Raya, alhamdulillah lah...Hantu Raya, hantu rayalah kerana ia sudah tertulis di Luh Mahfuz. Segala kata-kata ayahku menjadikan kami adik beradik tidak siuman memikirkannya. Alahai, Ya Tuhan.
Tujuh hari sebelum beliau kembali, ayahku memanggil aku dan ingin berpesan sesuatu:
'Abah berdo'a agar bila abah mati nanti, jenazah abah masih ada dipengusung mayat sehingga sampai kekubur. Sekiranya, jenazah abah hilang entah kemana dalam perjaalnan kekubur itu, , kau orang adik beradik tanggung lah malunya...dan abah meminta maaf kerana permintaan abah tidak dimakbulkan Tuhan. Abah memohon kepada Tuhan, agar jenazah abah sampai kekubur. Abah berpesan kepada kau sorang, apabila kau dah masukan jenazah abah kedalam lubang lahad, segeralah menutup papannya. Kemudian, jangan sampai dilihat orang ramai....kau bukalah semula papan lahad itu untuk menjadi saksi sama ada abah sudahpun menjadi hantu raya'.
Anehnya, sebelum aku menutup papan lahad, kain kapan penutup jenazah sudah pupus kebawah...jenazahnya sudah tidak ada lagi.....sah dah, ayahku menjadi hantu raya. Nasib baik orang ramai tak nampak, kerana hanya aku dan abangku saja yang mengurus memasukannya kelobang lahad.
Diusia tua i ni, setelah aku mempelajari bidang usul dan asal usul manusia....barulah aku tahu betapa suci dan bersihnya roh dan jasad ayahku....sesungguhnya, akulah yang sesat...Ya Allah ampunkanlah segala dosaku...Ya Allah.
Tambahan:
Dizaman tuaku, aku memperolehi semua catatan tulisan tangannya...ternyata ayahku pengkaji TAUHID dan USUL. Disinilah antaranya aku memperolehi beberapa bahan penting yang tidak pernah terungkap...yang akan aku zahirkan dalam buku sulongku 'DI SEBALIK WAJAH'.
Wallahua'lam
Post Asal : Noramin Mosyi mosyi




No comments:
Post a Comment