Friday 25 January 2019

SIRI TASAWUF: PANDANG YANG SATU

SIRI TASAWUF: PANDANG YANG SATU
Malik Kafur pernah menghantar hadiah kepada seorang fakir miskin, tetapi fakir itu enggan menerimanya dan berkata “Aku tidak mahu menerima daripada selain dari tuhan.” Lalu Malik kafur kemudian memberi jawapan:
"APA SAHAJA YANG ADA DI LANGIT DAN JUGA DI BUMI BERTASBIH KEPADA tuhan"
(surah Al Hadid; ayat 1)
Di mana ada ruang untuk Kafur? Yang memberi dan yang menerima itu adalah tuhan. Dari tuhan kepada tuhan. Mujahadah ialah permainan kanak-kanak, dan memerhati yang tuhan ada di mana sahaja adalah perjuangan sebenar.
Dalam proses suluk, seseorang salik itu hendaklah jangan memandang kepada selain daripada tuhan. Nabi  sendiri pernah meminta setandan kurma dari rumah Hasyim, iaitu seorang daripada sahabat Ansar.

No comments:

Post a Comment