Friday 25 January 2019

SIRI TASAWUF: LEPASKAN KEHENDAK DIRI

SIRI TASAWUF: LEPASKAN KEHENDAK DIRI
Syeikh Abu Yazid al Busthami dan Imam Uthman Khybari sedang duduk berdoa bersama-sama. Uthman Khybari pun menutup doanya dengan berkata: "Ya tuhan, kurniakanlah kepada aku segala yang aku mahu." Akan tetapi Abu Yazid pula berkata: "Ya tuhan, hapuskanlah semua yang aku mahu."
Lalu Uthman pun bertanya: "Bagaimana pula ini, wahai sahabat?" Kemudian dijawab oleh Abu Yazid: "Apakah yang dikehendaki oleh orang-orang yang mencari tuhan dengan kemahuan-kemahuan diri sendiri? Bahkan dia menghapuskan segala-galanya selain tuhan dan melupakan wujud dirinya sendiri."

No comments:

Post a Comment