Sunday, 20 January 2019

fb k


Theyaagu Siga shared a post to the group: Kiub Batu Itu Berhala.
1 hr
Theyaagu Siga
Kenapa Dewa Hindu ada banyak Tangan dan kepala?
Mutant ? Alien? Kartun?
Theyaagu Loganaden
Dewa -Dewa di agama Hindu sering dilukis dengan pelbagai tangan dan kepala.ramai kawan kawan saya pernah tanya saya tentang konsep ini. Adakah dia mutant atau alien?
Kadang kala lukisan sedemikian dijadikan bahan jenaka oleh setengah pihak yang jahil.
Konsep multiple hand ini memang terkenal dalam budaya penyembahan berhala. Setiap tangan tersebut mengandungi sebuah makna tertentu.
Contoh 1: dewa Vinayaga( bermuka gajah) mempunyai 4 tangan dan salah satu tangannya ada Angusam ( அங்குசம்). Angusam ini adalah sejenis 'hook' yang digunakan oleh orang yang melatih gajah liar.
Kenapa Vinayagar ada Angusam tersebut? Kalau kita pergi kuil -kuil di India , kita boleh menyaksikan Gajah yang begitu kuat dijadikan haiwan peliharaan di kuil.
Masa pelatih gajah ini hendak pergi rehat , dia tidak akan ikat gajah tersebut tapi akan letak Angusam (hook) tersebut di depan gajah. Gajah tersebut tidak akan berganjak atau melangkah Angusam tersebut kerana takut akan Angusam( hook) dari kecil lagi.
Secara ringkasnya, Angusam adalah controller untuk Gajah tersebut! Selepas menyaksikan kejadian ini, kalau anda masuk dalam kuil Vinayaga, anda boleh tengok yang Dewa Vinayaga mempunyai Angusamnya ditangan kiri!
Maknanya: If we can control ourselves, we are reaching God( konsep Moksha)
Itulah konsep multiple hand dan heads. Setiap tangan adalah simbol tertentu dan kebanyakannya akan dijadikan cerita agar rakyat biasa pun akan faham.
Jadi, lain kali apabila tengok gambar- gambar yang mempunyai banyak tangan , itu merupakan simbol atau pengajaran yang berkait rapat pembangunan moral dan rohani
Comments

No comments:

Post a Comment