Tuesday 20 February 2018

SYARIAT @ HUKUM


SYARIAT @ HUKUM
Hukum hakam, syariat, undang undang ini, atau apa saja panggilanmu itu, secara bahasa mudahnya, adalah bertujuan supaya manusia dapat hidup di dunia ini dengan aman dan makmur, sejahtera dan sentosa, kerana segalanya telah diberi petunjuk tentang bagaimana untuk melakukan itu dan ini..
Kalau tidak ada hukum hakam seperti halal dan haram itu, umat manusia bisa menjalani kehidupan yang lebih teruk dan lebih buruk lagi berbanding binatang dan haiwan liar.. Tidak ada garis panduan yang general untuk mengawal tingkah laku dan juga perbuatan setiap manusia di seluruh muka bumi ini..
Sebab itulah diturunkan segala kitab dan nabi sebagai wakil dari tuhan buat penunjuk jalan kepada sekalian umat manusia, tidak mengira kaum, bahasa, dan juga warna kulit.. Bahkan dari sebesar-besar perkara seperti politik, dan juga sekecil-kecil perkara seperti cara mencukur misai dan janggut juga telah diajarkan kepada kita semua..
Secara jujurnya, syariat itu sebagai panduan hidup ataupun suatu senarai semak bagi golongan yang buta mata hati, atau yang masih teraba-raba di dalam terang, bukan sabagai suatu undang-undang yang bisa membawa hukuman mati mandatori jika dilanggar.. ini kerana setiap manusia itu dikurniakan akal untuk berfikir, dan juga hati untuk merasa.. itulah timbang tara dan juga undang-undang yang sesungguhnya..
Guru saya pernah memberi kata bidalan yang sangat mendalam sekali akan maksud dan juga falsafah di sebaliknya:
"Boleh saja jika melanggar lampu merah.."
"Tapi tanggunglah sendiri akan risikonya.."

No comments:

Post a Comment