Sunday 25 February 2018

ISLAM ITU AGAMA SYUMUL; TETAPI SYUMUL KAH ANDA?

ISLAM ITU AGAMA SYUMUL;
TETAPI SYUMUL KAH ANDA?
Setiap dari kita di sini mengaku bahawa agama islam adalah agama yang syumul @ menyeluruh.. syumul itu pula dalam bahasa lainnya adalah universal, iaitu melangkaui batasan tempat, masa, budaya, dan cara hidup manusia.. asalkan ianya menjalani kehidupan yang selamat dan sejahtera.. intipati utamanya pula adalah penyerahan diri yang total kepada yang tuhan yang maha esa..
Namun kadang kala, di dalam suasana penuh keghairahan dan di atas kapasiti kejahilan kita sendiri, kita tidak sedar bahawa kitalah yang paling cepat sekali mengkafirkan orang lain.. asalkan nampak berbeza sedikit dari rutin harian dan juga kefahaman sempit kita, maka terus sahaja dilabel orang tersebut sebagai salah seorang ahli neraka..
Mungkin sudah tiba masanya, kalian itu lebih relaks di dalam beragama, dan lebih cakna demi mensejahterakan dunia.. jika tidak tercapai dek akalmu sekalipun, usahlah kalian sibuk menjaga tepi kain orang.. sedangkan kain sendiri koyak tidak tertampung..
Kalau malu, sendiri tanggung.

No comments:

Post a Comment