Sunday 25 February 2018

PROGRAM PEMBODOHAN UMMAH

PROGRAM PEMBODOHAN UMMAH
________________________________________
Ramai yang takut untuk menentang pemerintah, atau kerajaan, atau pembesar, atau ketua parti politik, atau sesiapa sahaja yang berada di tampuk tertinggi, kerana perbuatan seperti itu dikatakan sebagai menderhaka kepada takdir dan juga qada dan qadar..
________________________________________
Jika mereka melakukan kerosakan dan juga membuat perkara yang munkar, kebanyakan dari kita di sini hanya mampu melihat sahaja dari jauh tanpa mampu berbuat apa apa, atas kapasiti kononnya mereka itu adalah wakil tuhan di dunia, ataupun bayangan Allah s.w.t. di atas muka bumi ini..
________________________________________
Maka mereka pula dengan sewenang-wenang membuat peraturan dan juga menyusun hukum hakam yang akan menghalalkan segala perbuatan buruk lagi terkutuk mereka, dan tujuan utama tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk mengawal pemikiran rakyat marhaen..
________________________________________
Sebagai contoh, kita mesti taat setia kepada sekian sekian parti atau sekian sekian sosok tertentu, maka dijanjikan segala mak nenek gula gula dan juga makanan jiwa seperti pahala dan syurga..
________________________________________
Jika tidak mengikut seperti apa yang telah difatwakan oleh para penunggang agama ini, maka celakalah kehidupan kita di dunia dan juga di akhirat kelak..
________________________________________
Yang cerdik terus berkuasa dan kaya raya..
Manakala yang bodoh terus dibodohkan..
Inilah realiti kehidupan;
Amat perit untuk ditelan,
Lebih pahit bila dirasa.

No comments:

Post a Comment