Friday 23 February 2018

Makrifat

(Ayat Laduni ni tuan Abuya) : 🙏 "Syariat zahir(fekah) dipanggil Syariat. Syariat batin(tasawuf) dipanggil Hakikat!"

🍀Bismillah : Kata Imam Malik & As Syafie r.a :  "Fekah dan Tasawuf perlu sejalan setentak. Jika kurang satu, islam seseorang jadi tempang.

Ilmu Syariat (Fekah) adalah tentang aturcara ibadah jasmani jasad lahiriah yang boleh dilihat mata (contohnya solat, puasa). Ilmu Hakekat (Tasawuf) pula adalah tentang aturcara ibadah batin qalbu hati yang tidak terlihat dek mata zahir (contohnya muraqabah dengan hati kepada Allah).

Dua hal batang pohon ini (ilmu zahir & ilmu batin) dipecahkan dlm 3 ranting teras (Rukun 3 i Alif) :
(1) Al Iman.
(2) Al Islam.
(3) Al Ihsan.

Ertinya, bila ada iman (mempercayai wujudnya Tuhan), maka barulah Islam tertegak di dalam diri (syariat zahir).
Gabungan dua rukun i di atas akan menerbitkan i ketiga.
Rukun lhsan dlm diri pula hanya "timbul" setelah wujudnya Iman (ilmu akal mempercayai ghaib) & Islam (ilmu jasad melaksanakan syariat) ..

Dan rukun lhsan pula adalah ilmu Hati bertali dengan Allah iaitu bermuraqabah - mata hati saling berpandangan intai mengintai dengan yang Ghaib : Allah

Hati dapat "merasai" seolah mata hati "melihat Allah" yang sedang "memerhati" melihat diri kita sendiri.

Gambaran "rasa" tersebut kata imam Sufi silam seolah : "Seorang pemuda sangat pemalu (diri) yang sedang ditenung tajam di hadapan mata (hati) oleh seorang puteri yang sangat cantik yang tiada taranya kecantikan-Nya (Perumpamaan bagi Allah) ...

"Rasa qalbu" itulah yang dikatakan sifat "ihsan" di dalam batin diri, seolah-olah "dirasa" sedang direnung "tajam" oleh Puteri Tercantik (sekadar perumpamaan Allah SWT).

Sifat "ihsan" inilah yang akan menerbitkan bibit-bibit Cinta kepada AllahSWT yang ghaib dari penglihatan mata zahir, tetapi mata hati dapat "melihat" Sifat-Nya (Jamal - Allah) yang ada pada wajah manusia (sifat Cantik dari Sifat-Nya yang Qadim).

Sifat ihsan di dalam batin tidak akan timbul buat insan yang tidak beriman "hal yang ghaib" ... Hakekat ihsan yang terkemuncak adalah saat tegak berdiri di atas sejadah - ihsan Qalbu di dalam Solat - Tenggelam di dalam Wajah-Nya yang Terindah & Tercantik.

Itulah yang dinamakan ilmu hakekat secara pentafsiran "asas" untuk dimengertikan iaitu ilmu untuk menerbitkan rasa Kecintaan kepada Allah SWT yang maha Ghaib tetapi Cantik & Indah.

Tujuan utama "makrifatullah" itu kemuncaknya adalah "mahhabah" kepada Allah SWT. Mahhabah dimulai dengan "makrifatullah" - Jika tak "kenal" maka takkan mencintai-Nya - wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment