Tuesday 27 February 2018

*HAKIKAT HIDUP DAN MATI*


*HAKIKAT HIDUP DAN MATI*
Dalam dunia fizikal, MATI adalah merujuk kepada hal jasad yang sudah tidak lagi bernyawa, maksudnya bila jasad sudah tidak ada nafas yang keluar dan masuk, naik dan turun, dek kerana jantung sudah tidak berdegup, makanya, manu-sia itu dikatakan telah mati.
Dalam perspektif spiritual, MATI itu sentiasa berlaku pada setiap detik dan ketika. Dalam masa yang sama, HIDUP jua sedang berlaku pada setiap detik dan ketika seiring dengan berlakunya kematian. Samada kita SEDAR atau tidak, hal MATI dan HIDUP ini sentiasa berlaku pada setiap masa, di dalam dan di luar jasad.
Contoh :
Di saat berlakunya KEMATIAN di sesebuah negara, KELAHIRAN juga sedang berlaku negara-negara lain. Di saat ada orang mati di sini, di waktu yang sama, ada pula orang lahir di sana. Di saat ribuan sel di badan kita sedang mati, di saat yang sama, ribuan sel-sel baru di badan yang sama, sedang lahir dan meneruskan kehidupan. MATI dan HIDUP adalah proses alam Zahir dan alam BATIN yang sentiasa berterusan.
JASAD
Jasad terbina dari gabungan trillion billion sel. Dari sel TUNGGAL yang satu, ia bermitosis (beranak pinak) menjadi SATU GABUNGAN sel yang besar yang bernama JASAD. Bila jasad yang besar itu sudah tidak lagi bernyawa, sel-sel yang banyak ini kembali memisahkan diri mereka dari gabungan sel-sel yang banyak, kembali kepada sel tunggal asal yang SATU semula. Sebab itu, bila jasad manusia itu mati, ia cuma kematian bersifat illusi kerana jika dilihat melalui mikroskop, sel sel jasad dari manusia yang mati itu sedang BERGERAK dan HIDUP. Sel-sel yang hidup ini sedang memisahkan diri mereka dari gabungan billion sel, kembali kepada sel TUNGGAL yang SATU.
ROH
ROH adalah hal Batin yang tidak tertakluk kepada nafas dan jantung untuk hidup. Roh adalah hal spiritual yang tidak perlukan jasad untuk hidup kerana Roh itu sendiri adalah KEHIDUPAN. Roh adalah hal batin yang tiada jantina, bukan perempuan dan bukan lelaki. Roh tiada umur, tiada sifat dan tiada bentuk kerana Roh adalah hal alam batin yang tidak tertakluk kepada hukum ruang dan masa. Roh tidak berbentuk, sebaliknya Roh itu mengikut bentuk.
Jika Roh itu tidak berjantina, bukan lelaki dan bukan juga perempuan, apa lagi yang dimahukan BIDADARI dalam syurga ? Di dunia Zahir engkau mahukan perempuan cantik bak bidadari, di dunia Akhir juga engkau masih mahukan Bidadari. Di dunia Zahir, SEX menjadi keinginan manusia, di alam Akhir, apakah SEX masih diinginkan?
Jika begitu, kasihanlah si perempuan !!
Di dunia zahir yang sementara ini, perempuan harus berbakti kepada lelaki, di dunia Akhirat yang berkekalan itu jua, si perempuan masih perlu terus berbakti tanpa kesudahan.
Ketahuilah...
Kitab al-quran itu ada ayat Mukhamad ( ayat yang jelas) dan ada ayat Mutasyabihah ( ayat tak jelas), makanya perhalusilah akan setiap ayat tersebut dengan teliti. Kaji dan analisa setiap kebenarannya. Jangan membabi buta mengikut apa saja yang dihidangkan kepada kita. Jika tidak faham, jika tidak tahu, maka belajarlah. Belajar pula bukan dengan satu buku, bukan dengan satu guru. Belajarlah dengan sebanyak buku dan sebanyak guru yang boleh. Jika kita sesat, bukan ustaz, bukan guru yang harus dipersalahkan, sebaliknya salahkanlah diri sendiri yang malas belajar.
KESIMPULAN
Jika Engkau pandang yang BATIN, Engkau sentiasa HIDUP. Jika Engkau pandang yang ZAHIR, engkau sentiasa MATI.
Engkau tidak akan mengalami hal MATI SEBELUM MATI hanya sekadar berkobar-kobar mengucapkan teori kata-kata. Hal MATI SEBELUM MATI adalah hal yang engkau RASAKAN bukan hal yang engkau perkatakan !
MEMAHAMKAN ISTILAH MATI SEBELUM MATI DALAM BAHASA MUDAH
Untuk memahamkan hal teori Mati Sebelum Mati kita perlu memahamkan intisari hal AIR dan intisari hal SAHLA kerana hal intisari AIR dan hal intisari SAHLA adalah saling kait mengait dan banyak persamaan.
Dalam dunia fizikal, air hanya wujud dalam bentuk KONSEP PEMIKIRAN. Intisari atau Hakikat air, tidak dapat dibuktikan kewujudannya. Bila engkau bercakap soal air, yang dicakapkan adalah hal Hidrogen dan Oksigen (H2O), lantas menghilangkan nama air. Realitinya, bukan saja air, bahkan semua BENDA yang kita cakapkan adalah semata-mata hal KONSEP yang tercetus dari pemikiran.
Air adalah elemen penting dalam kejadian hidup dan mati manusia. Dalam perspektif jasad manusia, air itu berkaitan hal gelombang dan frekuensi yang dizahirkan oleh INTISARI TENAGA yang digerakkaan melalui DNA, jantung, otak dan seluruh sistem kelenjar jasad. Makanya, memahamkan hal intisari air itu adalah sangat penting agar kita dapat memahamkan hal SAHLA.
SAHLA adalah hal realiti yang semua diri mengalaminya. SAHLA bukan konsep. Ia juga bukan hal fikiran. Ia adalah hal realiti yang boleh dinikmati semua Diri namun hal intisari atau hakikat SAHLA, tidak ramai yang SEDAR dan tak ramai yang tahu untuk mengalaminya.
MATI SEBELUM MATI vs SAHLA
Teori Mati Sebelum Mati itu merujuk kepada hal SAHLA. Makanya, apakah itu SAHLA?
S.A.H.L.A itu acronim yang bermaksud Sedang Alami Hal Luar Akal. Sains menggelarnya sebagai PURE CONSCIOUSNESS
Bahasa Mudahnya Begini ....
Engkau solat atau bertafakur atau meditasi dalam keadaan yang tenang hingga engkau terlupa hal Deria Pengamatan. Terlupa hal mata, lupa hal telinga, lupa hal hidung, lupa hal lidah, lupa hal kulit.
Kemudian Akal mula 'hilang' dan peranan otak terhenti hingga tiada lagi apapun yang difikirkan, tiada apa lagi pun bayangan yang terpacul di benak fikiran.
Kemudian degup jantung makin perlahan hingga tiada lagi emosi, tiada lagi perasaan. Tiada lagi terlihat apa-apa penglihatan, tiada lagi terdengar apa-apa pendengaran, tiada lagi terbau sesuatu, tiada lagi rasa di lidah dan tiada lagi terasa sentuhan di kulit.
Bila semua ini berlaku, maka apa lagi yang tinggal ? Bukankah segalanya terhenti ? Bukankah segalanya mati?
Hal di kala segalanya terhenti inilah yang dikatakan SAHLA atau MATI SEBELUM MATI. Keadaan berada dalam dimensi yang TIADA SEGALA SESUATU inilah yang dikatakan SAHLA. Hal SAHLA inilah hal HAKIKAT DIRI. Inilah Intisari MATI SEBELUM MATI.
Makanya, jika ada yang belum terhenti di saat engkau mengatakan engkau mengalami MATI SEBELUM MATI, itu adalah sekadar kata-kata penyedap bicara !!
Bolehkah segalanya terhenti di saat engkau sedang meneruskan kehidupan biasa engkau? Bolehkah segalanya terhenti di saat engkau sedang makan, tidur, riadah, bersenggama?
Jika boleh dan jika engkau benar-benar sedang mengalaminya, makanya engkau adalah orang yang benar, kerana kebenaran hanya wujud pada engkau. Hanya engkau sendiri yang tahu kebenaran tentang apa yang engkau alami.
Jika tidak, engkau adalah si PENIPU yang paling besar terhadap Diri engkau sendiri!
Makanya, SAH-LA !
BOLEHKAH KITA MERASAKAN MATI SEBELUM MATI ?
Boleh ! Jika engkau tahu TeknologiNya.
Soalan di atas berkaitan tentang hal Realiti Ilmu.
Ilmu itu terbahagi kepada 4 bahagian teknologi.
1. Teknologi Bahasa Ilmu
2. Teknologi Operasi Ilmu
3. Teknologi Manupulasi Ilmu
4. Teknologi Realiti Ilmu
Ramai di antara kita hanya arif hal-hal berkaitan Bahasa ilmu. Menguasai teknologi bahasa ilmu hanya membolehkan kita menjadi Tukang Karut atau Professor Kata-Kata yang hanya pandai berkata-kata. Kenapa ? Kerana bercakap, bersyarah, berpidato, berhujah, berdialog dan berteori betul salah saja yang kita lakukan setiap hari hingga menjadi rutin, rutin jadi tabiat, tabiat jadi budaya. Maka, jadilah kita Pakar Teori yang balik balik dok citer tang tu.
Mati Sebelum Mati (MSM) adalah hal Realiti Ilmu yang harus dirasai dalam keadaan PENUH KESEDARAN. MSM bukan hal teori, bukan hal bahasa, bukan hal Operasi, bukan hal manupulasi tetapi MSM adalah hal Realiti yang perlu dicapai. Bila sudah ada PENGALAMAN mencapai dan merasakan hal MSM itu, maka segala persoalan berkaitan MSM itu akan terjawap dengan sendirinya tanpa bahasa kata-kata. Segala realiti menjadi KELU !
Pengalaman merasakan hal Mati Sebelum Mati itu menjadi AIN YANG DIFARDHUKAN kepada seluruh manusia, bukan hanya sekadar menjadi Fardhu Ain kepada penganut Islam sahaja. Jika engkau memahamkan hal MSM dalam batas agama, maka persepsi engkau terhadap MSM akan terhad dalam kefahaman agama engkau sahaja, sedangkan MATI itu berlaku kepada setiap makhluk dalam seluruh agama.
Ungkapan Mati Sebelum Mati itu adalah ungkapan kuno yang telah ribuan tahun dulu dipopularkan dengan bahasa yang berbeda. Sains menggelarkan MATI SEBELUM MATI sebagai OUT OF BODY EXPERIENCE. Istilah Near Death Experience dan Astral Travel juga popular. Untuk mencapai hal Mati Sebelum Mati, kita perlu tahu teknologinya.
Ada aliran Sufism Decode hal MSM melalui tarian. Raja-raja Mesir kuno (firaun) Decode hal MSM melalui teknologi Awetan Mayat (Mummy). Me-layu Decode MSM melalui agama. Yogee Decode MSM melalui Yoga.
Barangkali engkau bisa Decode Diri engkau melalui Aryan Dharma !
Nantinya, engkau akan tersenyum dan mengerti bahawa AKU tidak pernah berpisah dari ENGKAU walaupun sedetik.

No comments:

Post a Comment